Showing posts with label ARTIS MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label ARTIS MALAYSIA. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

PAS MENFITNAH ARTIS MENYERTAI MEREKA ?? JANGAN TARUK PASIR DALAM PERIUK NASI ORANG !!!


Pelakon yang selalu melakonkan watak sebagai gangster, Adam Corrie Lee dikatakan menyertai Pas baru-baru ini menafikan pembabitannya dengan Pas.

Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.

“Saya bukan ahli Pas. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti Pas seperti yang didakwa.

“Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada wartawan.

Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

“Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan Pas dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan Pas. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.

“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah. Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.

Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua Pas Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.

“Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.

“Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar. Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP Pas Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP Pas,” jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.

PAS JANGAN SELALU MENYUSAHKAN ORANG TERUTAMA ARTIS , SUSSAH MEREKA NAK CARI MAKAN DENGAN MENFITNAH ARTIS MENYERTAI PAS - FAIZAL JERAITV 

Sunday, 17 February 2013

PELAKON VETERAN KUSWADINATA MENINGGAL DUNIA


Pelakon veteran Kuswadinata, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 5.07 petang semalam dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

“Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

“Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak,” ujarnya.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

Monday, 17 December 2012

HIBURAN : ISU BAJU PDRM, FARID KAMIL KELUAR KENYATAAN MEDIA

Farid Kamil dan Diana Danielle


NAMA Farid Kamil menjadi bualan sepanjang minggu ini berkaitan uniform yang dipakainya ketika majlis resepsi perkahwinannya, dua minggu lalu.

Farid dikatakan menyalahi undang-undang kerana uniform yang ditempah khasnya itu menyerupai pakaian seragam pasukan keselamatan negara.

Setakat ini, masih belum ada sebarang penjelasan rasmi daripada pelakon dan juga pengarah itu.

Bagaimanapun, khabarnya Farid akan membuat kenyataan mengenai isu ini dalam masa terdekat.

Thursday, 13 December 2012

HIBURAN : USTAZ DON MUNGKIR JANJI ?? OPSS TERJAH !!!


Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.

"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

Wednesday, 12 December 2012

PANAS : DBKL TIDAK HALAU ARTIS VETERAN YAHYA SULUNG DAN ISTERI


KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.

Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.

"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.

Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Sumber : KOSMO

Sunday, 9 December 2012

GEMPAR !! AWIE BERTUMBUK LAGI ?? JOM TERJAH !!!



SELAIN kerana vokal kental dan tubuh maskulinnya yang menghambat pandangan, vokalis Wings dengan nama komersial Awie ini sering dikaitkan dengan cerita gaduh.

Mungkin kerana sosoknya yang sebegitu, wajahnya yang kadangkala tampak garang, maka Awie terusan dilontarkan dengan persepsi kaki gaduh atau gangster. Hilang seketika perwatakan yang disenangi, lucu berlawak dan mesra dengan peminat dan semua pihak tatkala cerita kelahinya sampai di pendengaran umum.

Baru-baru ini timbul lagi cerita kononnya Awie bergaduh dan bertumbuk lagi di Pulau Langkawi, Kedah. Berita ini bukan kali pertama kerana cerita yang sama sudah sampai di pengetahuan umum pada bulan November tahun lalu.

Awie dengan tegas menafikan berita ini. Di samping isteri tercintanya Rozana yang menemani ketika temuramah, sang isteri juga menyatakan dia tahu selok-belok dan jadual Awie. Tampak kesal dengan berita angin ini, Awie menjelaskan suasana yang berlaku dalam dirinya kini.

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Walaupun banyak difitnah dan ditipu, nampaknya rezeki Awie sekarang makin murah dengan pengacaraan program Tunggu Sekejap dan juri untuk Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM 2012).

Syukur tetapi mesti ada orang cakap saya tamak. Kenapa saya jadi pengacara? Kerana saya mahu membuat eksplorasi dalam bidang lain. Isteri saya juga memberi dorongan buat saya. Untuk jadi pengacara, kita perlu ada ilmu.

Bagaimana pula dengan pengalaman mengacarakan MLM 2012?

Dahulu, Boboi ajak saya sertai mereka tapi saya tolak sebab sibuk dengan penggambaran. Saya juga ditawarkan jadi juri tapi saya tolak kerana pementasan Teater Lat The Musical. Kini tawaran datang lagi dan saya terima. Jujurnya. saya tidak suka untuk komen sebab takut orang terasa. Jadi saya bagi komen yang selamat dan dapat membina semangat.

Daripada kacamata Awie, bagaimana mutu MLM 2012?

Secara peribadi, mutu agak kurang. Asyik-asyik nama tiga kumpulan yang sama berada di tangga atas. Tapi mungkin kerana awal lagi.

Bagaimana pula dengan lakonan?

Saya akan mula dengan penggambaran Zombie Kilang Biskut. Ada beberapa filem saya yang belum ditayangkan seperti Husin, Moon dan Jin Toncit, Frankenstein, Bikers Kental dan Rentaz. InsyaAllah, bulan Februari nanti saya akan membuat penggambaran filem Gangster Superstar arahan Khabir Bhatia.