Showing posts with label Calon BN. Show all posts
Showing posts with label Calon BN. Show all posts

Wednesday, 26 July 2017

Khairul Asri & Rozai, Siapa layak ganti Suraya di Sungai Tiang ?


Kali ini kami ulas sedikit tentang calon Dun Sungai Tiang di Pendang bagi pilihanraya umum ke 14 nanti. 

Bagi BN mengekalkan kuasa mereka di Dun  ini haruslah meletakan calon yang punya pengalaman dan dekat dengan rakyat. 



Setelah melihat YB Dato Suraya terpalit dengan palbagai isu-isu dan perubahan hidup Suraya yang sudah seperti artis barat dan jarang turun ke kawasan maka Sungai Tiang wajib menerima pemimpin baru dan lebih prihatin dengan rakyat. 

MUHAMMAD KHAIRUL ASRI BIN PUBIN

Orang muda yang terlalu pemurah... nama Khairul Asri kini kian meniti dibibir-bibir pemimpin akar umbi Umno di Pendang terutama Dun Sungai Tiang.

Thursday, 16 March 2017

TERKINI : KEDAH BERGOLAK !!!


Selepas viral 24 jam senarai calon BN tidak rasmi yang akan bertanding untuk PRU14 di Kedah, 

Pergolakan dalaman UMNO dilihat semakin membahang:

1. Ada yang merajuk ketua tidak dicalonkan (printscreen dari group whatsapp UMNO bahagian/cawangan)

2. Ada YB Umno yang tutup terus media sosial bahagian & peribadi. Terasa di "cah keting".

3. Ada Adun dicalonkan tetapi sedang bergelut dengan skandal pembahagian tanah kerajaan negeri & ternyata orang tempatan marah.

4. Ada Adun tidak dicalon kerana dilihat dulu akrab bersama DSMM walaupun masih menjadi EXCO kerajaan negeri.

5. Ada Adun yang tidak dicalonkan berhadapan dengan tindakan mahkamah (kes RM48j bankrupsi)

6. Ada calon muka baru (Pemuda) namun akar umbi melihat hanya pada gelaran Dr, Datuk tetapi di-cop SOMBONG setelah menjadi SetPol kepada MB & Menteri.

7. Isu air. Sungguhpun RM26.5 juta diperuntukan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Namun masalah di 5 daerah masih tidak dapat diselesaikan. Exco yang dipertanggungjawabkan pula dilihat tidak tercalon? Salah siapa?