Ketika penduduk kampung masih lagi termenung selepas bayar duit buku/PIBG sekolah dan membeli kelengkapan sekolah anak-anak yang membebankan ditambah malapetaka GST lagi , penduduk kampung terus disiksa secara halus oleh Kerajaan Najib dengan kenaikan harga minyak Petrol sebanyak RM0.20.
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa Januari 2017.
Ini menjadikan harga petrol RON95 berharga RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter. Bagi petrol RON97, harga runcit akan naik sebanyak 15 sen kepada RM2.40.
Bersempena tahun baru ini, harga baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2017.


