
Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata tindakan itu hasil Ops Harga yang dijalankan sepanjang tempoh enam bulan lepas iaitu dari Julai hingga Disember 2013, membabitkan 3,776 kes.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 2,702 kes di bawah kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, dan sembilan kes kerana menjual barangan harga terkawal melebihi harga yang ditetapkan.
"Selain itu, sebanyak 1,065 kes pula dikesan kerana gagal menentusah alat timbang dan sukat yang digunakan untuk perniagaan," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di sini, hari ini.