Apa akan jadi jika Najib ganti Zahid dengan Hisham?
ANALISIS | Umno mungkin bakal berdepan situasi yang mencabar ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk melantik sepupunya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggantikan timbalannya sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Walaupun jika terdapat motif lain di sebalik pelantikan Hishammuddin sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi tugas-tugas khas, langkah itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa penyokong Zahid, berhubung kedudukan pemimpin mereka itu.
Jika spekulasi itu bertukar kepada realiti, ini boleh membawa kepada perpecahan dalam Umno.
Malaysiakini mendapatkan pandangan dua penganalisis politik - Ahmad Atory Husain dan Jeniri Amir - untuk mengenai perkembangan tersebut.
Jeniri Amir percaya langkah seumpama itu akan membawa kepada "konflik yang teruk" dalam parti itu.
Berpecah dengan penyokong Zahid akan menjejaskan Umno, dengan pilihan raya umum dijangka tidak lama lagi, kerana Zahid sangat popular di kalangan akar umbi.
