Tuesday, 7 March 2017

Kerajaan Najib Sudah Tidak Mampu Bagi BRIM ??



BR1M OH BR1M

Keputusan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah keluar hari ini (6 Mac 2017). Kami difahamkan mana-mana individu yang berdaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan berniaga permohonan BR1Mnya tidak diluluskan. Ini menimbulkan kemarahan ramai pemohon BR1M.

Yang paling terkilan sekali adalah semua pemohon BR1M yang berdaftar pada SSM walaupun berniaga dalam sekala kecil juga tidak diluluskan permohonannya.

Monday, 6 March 2017

Beranikah Pembelot Rakyat Kedah ke Stadium?


Sebagai pentadbir Kerajaan negeri, sepatutnya trupet Mat Lena boleh tunjuk bukti seleweng duit balak utk bola, seleweng duit KFA dan tuduhan2 rambang lagi nista pada Dato Mukhriz yg disebar pada waktu sekarang ni.

Apa guna menjadi kerajaan dan juga Presiden KFA jika hanya pandai menuduh tanpa ada dokumen sokongan. Jika tuduhan itu benar, ia menjadi peluru utama utk benam PPBM di Kedah.

Atauuuu..

Tuduhan yg buat itu hanyalah rekaan dan khayalan halunisasi si pemabuk ketum. Mereka-reka cerita untuk burukkan Dato Mukhriz, kononnya nak tagih sokongan penyokong pada Mat Lena.

Tak pernah pula Dato Mukhriz upah sesiapa utk BOOoo Mat Lena. Malah ada rakaman video yg beliau meminta penyokong Kedah tidak berbuat demikian.

Sunday, 5 March 2017

Litar Kedah : 7 Soalan Untuk Bashah Jawab




Litar Lumba Kedah.

7 Soalan Untuk Ahmad Bashah Jawab Sebelum Majlis Pecah Tanah.

1.PM umum peruntukan RM30 juta untuk bina litar lumba Kedah. Ke mana wang itu akan disalurkan? Ke KBS, Kerajaan Negeri, akaun khas atau MBI?

2.Kalau bukan SIC, yang merupakan sebuah syarikat di bawah MOF, siapa yang akan menjadi penasihat utama di dalam pembinaan litar ini nanti?

3.Sebagai sebuah Negeri yang banyak bergantung kepada hasil pertanian, macam mana litar lumba bertaraf lokal ini akan membantu meningkatkan hasil pendapatan Negeri, sekiranya tiada aktiviti perlumbaan berprestij diadakan bagi menjana pendapatan yang lebih besar untuk Negeri?