Tuesday, 7 March 2017

Kerajaan Najib Sudah Tidak Mampu Bagi BRIM ??



BR1M OH BR1M

Keputusan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sudah keluar hari ini (6 Mac 2017). Kami difahamkan mana-mana individu yang berdaftar pada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tujuan berniaga permohonan BR1Mnya tidak diluluskan. Ini menimbulkan kemarahan ramai pemohon BR1M.

Yang paling terkilan sekali adalah semua pemohon BR1M yang berdaftar pada SSM walaupun berniaga dalam sekala kecil juga tidak diluluskan permohonannya.

Antara lain, BR1M Kelompok Satu(1) iaitu kategori pemohon yang berkeluarga pula apabila diperiksa di laman web e-BR1M telah mendapati pemohonan BR1M telah diluluskan. Akan tetapi apabila diperiksa pada akaun BR1M tidak dimasukkan.

Persoalannya, pihak kerajaan telah memberi garis panduan untuk para peniaga supaya berdaftar pada SSM jika ingin mulakan perniagaan. Tetapi pihak kerajaan tidak memaklumkan bahawa sesiapa yang berdaftar pada SSM tidak layak menerima BR1M.


Mengapa begitu ? Sedangkan tahun-tahun sebelum ini para peniaga yang berdaftar SSM boleh saja menerima BR1M. Kenapa tahun ini tidak layak pula ?

Sedarlah bahawa ekonomi negara kita semakin tenat. Kerajaan sudah tiada wang. Ini semua berpunca disebabkan akibat sikap boros pemimpin negara yang mementingkan perut masing-masing daripada makan minum rakyat.


#br1m
#ssm




\\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

No comments:

Post a Comment