Seloka Pantun Exco Kedah
Part 1
Negeri Kedah amatlah makmur
Nampak padi di mana mana
MB Kedah kuat tidur
Diberi gelaran Mat Lena
Kedah kini di persada liga
Hasrat nak julang pelbagai piala
Kat stadium pun tak nampak rupa
Takut kena boo ka Mat Lena?
Tajul Urus Exco Kanan
Nampak baik tapi lakonan
48 juta bank dah saman
Orang di rumah pun dah tak aman
YB Ku Rahman Exco Pelaburan
Ke sana sini bertemankan bini
Hidup mewah macam jutawan
Rupanya diam2 pandai mencuri
YB Rawi Exco Pelancongan
Hajat nak poligami, tapi tak jadi
Nak jaga Langkawi pun tak menang tangan
Ada hati nak jadi MB?
YB Tajudin Exco Luar Bandar
Orangnya kecil akalnya tinggi
Singgah solat pun dia nak tular
Orang Sik mandi perigi dia buat tak reti
YB Suraya Exco Pertanian
Suami baru comel berisi
Hospital Pendang dah jadi tak ketahuan
Sebatang tiang pun tak nampak lagi.
YB Leong Exco Kesihatan
Jarang memberi tak tau nak mintak
Kalau RUU 355 jadi nak dilaksanakan
Kita nak tau,MCA sokong ke tidak?
YB Badrol dulu Exco Perumahan
Rumahnya besar macam istana
Orang Kedah kini dah tak tahan
Sampai la ni kes air X selesai jua
YB Aminuddin Exco Sukan
Johari Baharom paling dia sayang
Dalam KFA macam dianaktirikan
Menang piala pun orang lain yang julang
YB Sabrina Exco IT
Petah bercakap bagai dikata
Orang Kulim dok pm kot tepi
Kulim Airport apa cerita?
Bagus.
ReplyDelete