Pelabur China muncul sebagai pelabur hartanah terbesar di Malaysia dengan urusniaga lengkap bernilai AS$2.1 bilion (RM9.25 bilion) dalam tempoh tiga tahun yang lalu.
Akhbar Financial Times Singapura melaporkan ini adalah berbanding dengan AS$985 juta yang dilaburkan oleh syarikat-syarikat Singapura dalam tempoh yang sama.
Laporan itu memetik angka dari Real Capital Analytics berdasarkan urusniaga lengkap bernilai AS$10 juta dan ke atas.
Menurut laporan itu, Malaysia muncul sebagai destinasi pilihan bagi pelabur China yang mencari alternatif lebih murah berbanding Australia dan Hong Kong.
Ia juga menyatakan bahawa Singapura secara tradisinya menjadi antara pelabur hartanah terbesar di Asia dan pelabur asing terbesar di Malaysia, tetapi China mula meningkatkan pelaburannya ketika hubungan politik antara Beijing dan Kuala Lumpur yang semakin erat memudahkan hubungan perdagangan.
"Pelabur Cina hari ini mempunyai lebih banyak pilihan dan lebih selesa ke Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi tidak semua orang mempunyai pilihan yang sama - Malaysia adalah jauh lebih murah," kata Sigrid Zialcita, pengarah urusan penyelidikan Asia-Pasifik di Cushman & Wakefield.
"Jika kamu membandingkan harga, walaupun antara Malaysia dan China, kamu sedang melihat perbezaan ketara," beliau dipetik sebagai berkata.
Antara lain, Financial Timesmenamakan harga hartanah di bandar raya China seperti Beijing, Shanghai dan Shenzhen buat masa ini sebagai antara paling mahal di dunia.
Peningkatan pelaburan China di pasaran hartanah Malaysia boleh dilihat di Tambak Johor dari Singapura di mana projek pembangunan Forest City sedang dibina di atas tanah tebus semula 1,400ha.
Sebelum ini, pemaju projek Country Garden berkata fasa pertama apartmen di Forest City, dipasarkan hampir secara eksklusif kepada pembeli dari China, dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Dari Malaysiakini
No comments:
Post a Comment