Friday, 31 March 2017

Rakyat Tertekan Kos Sara Hidup, Bashah Bawa Staff Bercuti Sakan


Sakan dengaq cerita staf pejabat MBI dan anak-anak syarikat nak melancong ke Bali 6 hingga 9hb April ni atas nama kursus dalaman.

Dengaq kata siap lantik konsultan dan travel saja pun makan belanja sorang RM4 ribu hingga RM5 ribu sorang.cecah ratus ribu jugak la...

Untung sakan la kot walaupun baru setahun urus syarikat sampaikan boleh bawa semua staf pi makan angin dan guna nama kursus untuk halalkan hasrat depa.hmmm.....

Dulu-dulu dengaq MBI banyak juga duit tapi tak pulak nak bawa staf makan angin.agaknya staf pun dah mula kena 'beli' dgn pejabat Mat Bashah kot...

Kakitangan kerajaan kerja bertahun bergelumiang bertungkus lumus keja bagai nak rak,pi kursus dalam negeri saja...tu pun bajet kena kerot sampaikan makan pun kena perkurang...tidoq pun tak dibenarkan,kalau buleh bagi habeh dalam masa sehari...tapi hebatnya anak-anak syarikat ni buat duit untuk negeri sampaikan layak dibagi hadiah percutian dan letak la atas nama kursus.tentu banyak benda buleh depa belajaq di Bali tu kalau nak banding dengan Langkawi,apa ada sangat...

Ratus ribu tu kalau buat kotak barakah pun boleh dapat lagi 3-4 ribu kotak ka apa.

Syabas kita ucapkan atas kejayaan anak syarikat dan perancangan hebat depa.dengaq kata travel ejen dan konsultan pun dilantik secara rundingan terus oleh individu tertentu...

hmm..makan angin pun dapat,makan yang lain pun tentu masyukk..

'Muafakat Kedah'

No comments:

Post a Comment