Monday, 2 October 2017

Habibur Rahman Cuba Sogok Syed Saddiq RM5 Juta !! Beranikah SPRM Bertindak ??





SYED Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan beliau ditawarkan RM5 juta oleh "penasihat kanan perdana menteri" untuk meninggalkan parti Bersatu dan menyambung pengajiannya di Universiti Oxford.

Ketua sayap pemuda Bersatu itu berkata, tawaran RM5 juta berkenaan dibuat oleh "rangkaian sistematik dedak" yang dirancang penasihat kanan terbabit.

"Semua ini dirancang oleh penasihat kanan (Perdana Menteri) Najib Razak.

"Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford.


"Saya tidak akan tinggalkan Bersatu dan akan terus di sini mendedahkan rangkaian sistematik dedak ini," katanya pada sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Jelas Syed Saddiq, umpan RM5 juta itu termasuk geran untuk mendirikan sekolah debat di seluruh Malaysia.

Ditanya mengenai bukti tawaran umpan itu, Syed Saddiq berkata, beliau bukan cakap kosong kerana ada semua bukti operasi rangkaian yang disebutnya itu.

"Tentang tawaran dedak itu saya telah berbincang dengan peguam saya, kita mungkin akan melaporkan kes ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia."

Beliau turut menamakan penasihat kanan perdana menteri yang membuat tawaran sogokan RM5 juta itu. The Malaysian Insight sedang cuba mendapatkan komen daripada pegawai kanan itu.

Syed Saddiq juga mendakwa "rangkaian sistematik dedak" itu juga menjadi dalang yang sebelum ini menghubungi beberapa pemimpin Bersatu yang sudah meninggalkan parti itu.

"Sejak dari tahun lepas lagi rangkaian ugutan dan sogokan ini sudah dipratikkan. Ia bermula dengan ugutan melemahkan status kewangan individu tersebut, kemudian mereka juga menyerang orang terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat handai."

Terkini !! Video Syed Saddiq Dedah Cubaan Rasuah Dari Team Najib



Sunday, 1 October 2017

JobSifu : Ribuan anak muda ditipu, MB Kedah lepas tangan ? (Video)





Oleh : Nasir Al-Helmy

Saya dikhabarkan seorang rakan yang hadir ke temuduga Jobsifu.com Malaysia pada tengahari tadi. Job fair ini di gemparkan kononnya Career Fair terbesar di Zon Utara.

Namun malang bagi Anak Muda dan Siswazah yang menganggur yang ke acara ini, kerana mereka merasakan seperti dipergunakan oleh Syarikat yang tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan mereka dengan mengambil kesempatan terhadap masalah pengangguran yang dialami oleh anak muda.

Kini Page Facebook Job Fair tersebut telahpun di tutup walaupun acara akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 30 September 2017-1 September 2017.

Modus Operandi Syarikat :-

1. Syarikat ini akan memberi pilihan 5 Syarikat kepada mereka yang hadir dengan cara kononnya melihat potensi seseorang melalui cara mereka menjawab soalan-soalan ketika di temuduga. ( Walhal semua dalam skrip, boleh rujuk gambar)

2. Mereka yang hadir untuk temuduga dikehendaki membayar RM 10.00 untuk satu borang Aplikasi untuk memohon setiap Syarikat. Bermakna yang hadir temuduga perlu membayar RM 50.00.

2. Mereka yang jalankan temuduga bukan dari mana-mana syarikat seperti dalam poster tersebut (boleh rujuk gambar), tetapi hanyalah staf Jobsifu.com Malaysia.

3. Aangkah terkejutnya mereka yang hadir untuk temuduga Job Fair tersebut apabila masuk ke dewan untuk memilih kerjaya, kerana di dalam dewan yang ada hanyalah Booth produk jualan dan hanya 2 syarikat menjalankan temuduga namun tidak memerlukan borang Aplikasi yang di beli dengan harga RM 10.00 untuk setiap syarikat.

Pihak berkuasa perlu bertindak agar orang ramai tidak terpedaya dengan syarikat yang mengambil kesempatan kepada anak muda.

Dengan ini saya sertakan skrip temuduga yang didapati dan respons mereka yang hadir ke temuduga ini.