Sunday, 11 November 2012

HOT NEWS : GITARIS ROCK DITAHAN DISYAKI TERLIBAT KES SAMUN


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Seorang gitaris kumpulan rock popular era 90-an, bersama dua adik lelakinya diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Selayang Makmur dekat sini semalam, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan samun.

Turut diberkas dalam serbuan tersebut ialah seorang wanita berusia 36 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, polis bertindak menyerbu rumah tersebut selepas mendapat maklumat terdapat suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes samun berada di kediaman berkenaan.

"Dalam serbuan itu, kita telah menangkap tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai aktif melakukan kegiatan samun sebelum ini.

"Suspek yang ditangkap ialah gitaris yang berusia 40 tahun, bersama dua adik lelakinya masing-masing berusia 35 dan 38 tahun serta seorang wanita berusia 36 tahun," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut tangkapan semalam, Rosly berkata, polis yang menjalankan siasatan telah menemui dan merampas sebuah kereta Proton Exora berwarna hitam yang pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

"Selain itu, polis juga merampas dua kad Smart Tag dan Touch n Go dalam kereta tersebut, lima jam tangan pelbagai jenama, tiga bilah parang, sebuah kamera, satu cota besi boleh laras, 40 keping lagi kad Touch n Go, sebuah i-Phone model PK168 serta sebuah telefon bimbit jenama Nokia E71," katanya.

Rosly berkata, hasil soal siasat, suspek berusia 38 tahun mengaku terlibat dalam kes samun di Taman Melawati pada 31 Oktober lalu bersama seorang rakannya yang masih bebas.

Beliau berkata, suspek ditangkap juga didapati positif mengambil dadah dan mereka kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

sumber - utusan

PENANG : POLIS PAKSA LAKUKAN SEKS


Wanita dakwa dipaksa lakukan seks di balai polis

SITI Maemanah Kasman (kanan) dan Lau Chiek Tuan menunjukkan salinan laporan polis selepas mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks pada sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam, semalam.

BUKIT MERTAJAM 10 Nov. - Seorang pembantu restoran warga Indonesia membuat laporan polis kerana mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika ditahan di sebuah balai polis di sini semalam.

Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, mendakwa dalam kejadian itu, dia ditahan oleh tiga anggota polis berusia lingkungan 20 hingga 30-an berdekatan sebuah pusat beli-belah di Perai semasa berada di dalam sebuah teksi, pada pukul 6.20 pagi.

Katanya, anggota tersebut yang memakai uniform lengkap memintanya menunjukkan pasport.

"Ketika itu saya hanya membawa salinan pasport sahaja dan salah seorang anggota polis tersebut memberitahu ia sudah tamat tempoh dan tidak sah.

LANJUT DI BACA DISINI

KEDAH : GIATMARA BAIKPULIH 72 RUMAH DI DUN LUNAS #TUKARKEDAH


KULIM: GiatMara Kedah mendapat kepercayaan untuk membaikpulih 72 rumah dalam 11 kampung di kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Lunas bernilai hampir RM250,000.

Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan berkata projek baik pulih itu telah diluluskan Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah dan akan dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini.

Bercakap kepada Bernama selepas mendengar taklimat berkaitan kerja baikpulih itu oleh Penyelaras GiatMara Kedah Khairul Amir Hashim di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 8 di Padang Serai, dekat sini Rabu, beliau berkata kos bagi sebuah rumah ialah antara RM3,000 dan RM5,000.

Taklimat itu turut dihadiri 13 pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) dalam DUN Lunas dan penerima bantuan program itu.

Sementara itu Khairul Amir berkata GiatMara Kedah telah membaikpulih lebih 100 rumah di seluruh negeri di bawah program Skim Pembangunan Kesedaran Rakyat (SPKR) tahun ini. BERNAMA