Tuesday, 16 April 2013

PANAS!!!Nik Aziz terpesong

Kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini disifatkan telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, apa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz itu tiada dalam ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan itu.

"Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.

"Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor berkata, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai pahala solat, amal ibadat serta kebaikan seseorang.

Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai amalan kebaikan yang dilakukan umat Islam di muka bumi ini.

PANAS!! ANUAR MENGAKU......

GOPENG 15 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pergeseran dalam pakatan pembangkang berhubung agihan kerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) masih belum dapat dimuktamadkan.

Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu berkata, pakatan pembangkang masih gagal mencapai kata sepakat di kerusi-kerusi yang menjadi rebutan sesama mereka.

Walaupun menyifatkan pergeseran itu sebagai perkara biasa, Anwar mengingatkan keadaan tersebut boleh menyukarkan usaha pembangkang untuk menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Esok (hari ini) kita ada mesyuarat, ada lawan sana, gaduh sini. Ini Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin) ada, DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Acheh gaduh sikit-sikit.

"Kita jangan banyak sangat gaduh, kalau banyak sangat gaduh sama-sama macam mana mahu lawan UMNO?," katanya dalam ceramah di Padang Taman Gopeng Jaya, di sini malam tadi.

PANAS!! PAS PANIK,AJAK BN BERDEBAT

PAS sudah menekan siren panik apabila sibuk menjemput calon Barisan Nasional (BN) berdebat dengan mereka selepas hari penamaan calon kelak terutama dalam kawasan Parlimen Rembau.

Jelas jemputan itu satu pendedahan kepada sikap hipokrit Pas, yang tidak sanggup berhadapan masalah dalaman yang semakin parah dan memalukan sehingga mengalih pula kepada hal 'tidak masuk akal' untuk berdebat dengan BN, yang ketika ini sedang agresif turun berbakti kepada rakyat.

Itulah sikap Pas yang gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan apa-apa terutama yang melibatkan agama, bangsa dan tanah air.

Sepatutnya Pas bercakap mengenai isu moral, kalimah Allah, perbezaan pendapat pemimpin mereka dan menasihatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melawat negeri ini semalam dan hari ini supaya menjawab desakan Lajnah Tatatertib Pas berhubung penyebaran video seks individu mirip pemimpin kanan mereka.

Eloklah perkara ini didebatkan dahulu dalam kalangan ahli Pas pada pertemuan mereka dengan Abdul Hadi daripada 'meronta-ronta' dan merayu-rayu mahukan calon BN kelak berdebat dengan mereka, bukan sahaja dicadangkan di Dewan Sri Rembau, tetapi dicabar di kawasan padang daerah Rembau itu.

Monday, 15 April 2013

PANAS!!! PM biseksual?

AWANG terpanggil mengulas laporan khas bertajuk Gay Marriage Already Won dalam majalah Times terbitan 8 April lalu yang berkisar kepada isu perkahwinan sejenis. Pada 2008, tiada calon Presiden AS menyokong perkahwinan sejenis. Bagaimanapun pada tahun lalu, Barrack Obama dan Mitt Romney terang-terangan memberikan sokongan.

Di peringkat Kongres juga menyaksikan sebahagian senator berubah fikiran. Perubahan itu turut tergambar pada rakyat AS. Kajian Pew Research Center baru-baru ini mendapati, satu daripada tujuh orang dewasa di AS mengaku bantahan mereka kini bertukar menyokong.

Isu tersebut turut mendapat perhatian dalam perdebatan melalui media sosial, yang disifatkan kemenangan moral kepada kelompok Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Perkahwinan sejenis yang dilihat mustahil selain dianggap jijik suatu masa dahulu termasuk di AS, kini diterima sebagai perkara biasa. Awang cukup terganggu sambil memikirkan kesannya kepada masyarakat di Malaysia, yang sekarang ini berdepan dengan gerakan LGBT yang serius.

Salah satunya ialah usaha bagi membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri. Lobi kini diperhebat termasuk ke atas pemimpin Pas supaya mengeluarkan fatwa mengiktiraf tokoh biseksual untuk menerajui kerajaan jika pakatan pembangkang memerintah.

Meskipun Barat yang diketahui liberal, membenarkan perkahwinan sejenis, masyarakat dan parti politik mereka sampai hari ini tetap menolak pengamal LGBT menjadi ketua kerajaan.

Sesungguhnya, Awang bimbang. Jika kita menginsafi dan mengambil iktibar kisah Nabi Lut maka terasa betapa bayangan bala sudah bermain di depan mata.

PANAS!! Nik Aziz



Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah..

AMARAN!!!Jangan cabar kedaulatan negara

SEMPORNA 14 April - Ops Daulat yang dilaksanakan bagi menghapuskan pengganas Kiram baru-baru ini seharusnya menjadi isyarat jelas kepada pihak luar bahawa Malaysia tidak akan bertolak-ansur dengan tindakan mereka yang cuba mencabul kedaulatan negara.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, meskipun jumlah pengganas yang mendarat di Lahad Datu tidak lebih 200 orang, serangan yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara adalah secara habis-habisan.

Menurutnya, dengan kekuatan hampir 4,000 anggota tentera dan meliputi pelbagai aset tempur pertahanan negara, sudah cukup memberi mesej jelas yang Malaysia tidak pernah memandang mudah tindakan pihak luar yang cuba mencabul kedaulatan dan menggugat keselamatan rakyat.

Katanya, misi yang pada mulanya menjaga keselamatan negara telah berubah menjadi isu mempertahankan negara, malah satu aset besar pertahanan negara digembleng bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi strategik Lautan Biru Nasional untuk menangani isu pencerobohan di Lahad Datu.

"Kita hendak tunjukkan yang Malaysia tidak pernah memandang rendah berhubung isu keselamatan negara dan segala yang dilakukan di lokasi kejadian itu seharusnya menjadi mesej kepada pihak luar jangan sesekali berani mencabar kedaulatan negara ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas memberi penerangan berhubung keselamatan pantai timur Sabah kepada orang ramai dan sesi beramah mesra bersama masyarakat Cina di daerah ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, walaupun Ops Daulat yang akan diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), pihak tentera masih berada di kawasan yang pernah menjadi sasaran pihak penceroboh.

Katanya, ketika proses penstabilan dilaksanakan oleh pihak keselamatan negara dalam Ops Daulat pada masa ini, jumlah keanggotaan tentera akan dikurangkan secara berperingkat-peringkat.

Namun bagi memberi keyakinan kepada masyarakat, beliau berkata, satu perbincangan bersama Ketua Polis Negara akan dilakukan bagi membolehkan rondaan melibatkan polis dan anggota tentera pada waktu malam.

Jelasnya, tindakan itu dibuat bukan kerana ada ancaman daripada pihak tidak bertanggungjawab, sebaliknya demi meyakinkan orang ramai terhadap jaminan keselamatan yang diberikan.

"Saya juga akan menempatkan sebilangan anggota tentera di Semporna demi meyakinkan penduduk di sini terhadap jaminan keselamatan setelah berlaku kejadian tidak diingini di sini," katanya.

Pas bergolak, Hadi tertekan

KUALA LUMPUR 14 April - Isu rakaman video seks yang memaparkan wajah lelaki mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dikatakan bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam Pas malah memberi tekanan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tegas bagi memelihara maruah Pas.

Sumber dalaman memberitahu Utusan Malaysia, ahli-ahli Pas kini berada dalam keresahan berikutan sikap Abdul Hadi yang dilihat begitu mempertahankan Mustafa tanpa membuat siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman video tersebut.

''Kami hairan kenapa Abdul Hadi bermati-matian mempertahankan Mustafa, soalnya sudahkah beliau menonton video tersebut. Ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat tindakan tegas bukannya terus membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku adalah satu fitnah," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sumber itu berkata, dalam menghadapi isu yang dianggap cukup serius dan boleh memberi kesan yang amat buruk kepada Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 itu, Abdul Hadi sepatutnya mengambil tindakan tegas termasuklah memanggil mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu itu.

''Sebelum ini Abdul Hadi sendiri sering berhujah dengan menggunakan maksud surah Al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang- orang yang menyesal."

''Dalam ayat ini Allah SWT mahu kita menyiasat kesahihan berita yang tersebar tetapi kenapakah dalam kes yang dikaitkan dengan Mustapa, Abdul Hadi cepat-cepat membuat andaian bahawa itu semua tohmahan dan fitnah," katanya.

Sumber itu menegaskan, sikap Abdul Hadi itu amat menghairankan kerana beliau membuat kesimpulan tanpa terlebih dahulu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada apa yang berlaku satu fitnah atau tidak.

''Saya difahamkan Abdul Hadi telah dikunjungi oleh ramai ahli-ahli Pas akar umbi yang menerima rakaman video itu menuntut Presiden Pas tersebut menyatakan pendirian dan membuat tindakan.

''Keadaan ini memang meletakkan Abdul Hadi dalam keadaan tertekan tetapi apa yang mengejutkan beliau masih belum mahu berbuat apa-apa dan ini boleh memberi kesan tidak baik kepada politik Pas," kata sumber itu lagi.

Selain itu, kata sumber tersebut lagi, ahli-ahli Pas juga mahukan Mustafa melakukan sumpah atas nama Allah bagi menafikan bahawa individu dalam video berkenaan bukan beliau.

''Ini penting kerana umum mengaitkan beliau dengan isu itu, sekadar penafian atas pentas ceramah sahaja belum mencukupi kerana sekarang apa yang berlaku turut menyeret maruah Pas," kata sumber itu lagi.

Sumber itu juga menegaskan, sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan merupakan orang kanan dalam kepimpinan parti, Mustafa perlu meletakkan jawatan sekarang.

''Tindakan itu bukan bermakna beliau bersalah atau kita menuduh beliau terlibat tetapi bagi mengelakkan nama Pas terus dikaitkan serta membolehkan siasatan terperinci dijalankan," katanya.

Ditanya apa reaksi golongan ulama dalam Pas berhubung kejadian itu, sumber itu menjelaskan, mereka berada dalam keadaan terkejut kerana tidak menyangka boleh berlaku kepada Pas.

''Selama ini, mereka berasa mustahil Pas akan dikaitkan dengan rakaman video seumpama itu, sebab itulah mereka tergamam dan tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi," kata sumber berkenaan.

Sumber itu juga bersetuju dengan pandangan bahawa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Majlis Syura Ulama perlu membuat pendirian dalam kes tersebut.

PANAS!!! pemandu teksi(anti kerajaan) kena hentam

KEMPEN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin panas. Bukan sahaja ia berkisar dalam media - sama ada arus perdana, mahu pun pembangkang - atau di pentas-pentas politik, tapi juga di kalangan orang ramai.

Di mana-mana orang bercakap mengenai politik. Yang sebelah kerajaan, akan mempertahankan kerajaan, manakala yang pembangkang akan mempertahankan parti kesayangan mereka. Yang atas pagar pula akan mendengar dan tersenyum kecil.

Namun dalam banyak-banyak pandangan, pengikut Pas ini ditakrifkan sebagai totok. Mereka berada dalam satu kepompongan minda (mental block) yang cukup serius. Semua orang cakap pasal kerajaan, salah. Mereka sahaja yang betul.

Saya beranggapan golongan ini telah melalui satu proses indoktrinasi (cuci otak) yang terlalu lama. Mereka ini terlalu taksubkan para pemimpin, dan mengikut apa yang dikatakan oleh para pemimpin mereka.

Bayangkan sekiranya Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mengumumkan kalimah Allah boleh dipakai oleh orang Kristian? Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim, yang menghadapi pelbagai pertuduhan moral itu masih sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apa pula kempen oleh golongan totok Pas ini? Sudah tentu ceritanya menjadi lain. Ia termasuklah oleh pemandu teksi yang akan kita ikuti kisahnya ini.

Ikuti dialog antara pemandu teksi yang mengaku kerja dengan kerajaan, tapi berkempen totok Pas di dalam teksinya, dengan seorang penumpang yang mempertahankan logik akalnya.

Ini adalah kisah benar, yang diceritakan kepada saya oleh penumpang itu.

Penumpang itu telah menaiki teksi bermeter dari hentian bas HKL ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari Jumaat 1 Februari 2013 kira-kira pukul 5.30 petang dalam keadaan lalu lintas tidak lancar, sedikit sesak.

Setelah menaiki teksi itu, penumpang (P) berkata hendak ke Taman Tasik Titiwangsa. Pemandu teksi (PT) itu kata OK. Penumpang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu. Sebaik-baik sahaja menaiki teksi, penumpang kebetulan membaca akhbar Utusan Malaysia. Tiba-tiba pemandu teksi itu menyampuk tanpa hormat kepada penumpang.

PT: Baca Utusan (merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia), orang dah tak baca Utusan ni.

P: Kenapa, banyak berita kita dapat.

PT: Ini akhbar bohong banyak, auta, suka pelagakan orang.

P: Tak adalah, sebab you tak baca, jadi you tak tahu cerita sebenarnya. Harakah tu betul sangat ke? Kata Kerajaan Jepun bayar berbilion-bilion ringgit kepada Kerajaan Malaysia sebagai wang pampasan kepada veteran tentera dan wang itu lesap, betul ke? Dulu Harakah kata Felda bankrap, tahu-tahu peneroka dapat “durian runtuh".

PT: Betul! Kalau tak betul kenapa tak saman? Betul laa tuu. Utusan tu, dah banyak kali kena saman, kalah di mahkamah, kena bayar ganti rugi.

P: Sudah laa, Kedutaan Jepun dah nafi, berita itu tidak benar. Utusan kalah bukan bermakna Utusan itu berbohong, atau auta, atau sukakan pelagakan orang. Ia bergantung kepada kebijaksanaan peguam bela masing-masing. Dulu Abang Jak (penyokong Pas dari negeri Kelantan) pun didakwa di mahkamah di Kedah oleh penyokong UMNO kerana menunjukkan batang ***** kepada Puteri UMNO semasa kempen PRK, memang dia tunjuk batang *****, ramai orang nampak, tetapi mahkamah bebaskan dia kerana tidak cukup bukti. Sama laa dengan Utusan pun. Ada kes bunuh, kes edar dadah boleh bebas jika peguam bela bijak.

PT: Tak ada laa! Surat khabar (akhbar) pembangkang yang betul, saya kerja kerajaan (penjawat awam) di Jabatan Kesihatan DBKL, saya tahu semua, kerajaan BN korup, rasuah sana-sini, tindas rakyat. Pemimpin pembangkang OK bersih.

P: Kepala hotak (otak) kau, pemimpin-pemimpin pembangkang tu betul sangat ke? Mat Sabu, pemimpin No. 2 dalam Pas yang (didakwa) kena tangkap basah (khalwat) di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu satu ketika dulu pun didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Sudahlah, Mat Sabu tu mengarut, komunis dikatakan “Hero", hero kepala ***** dia.

PT: Memang Mat Indera tu hero, lawan polis penjajah British.

P: Itu bukan polis British, itu polis di bawah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, you bodoh tak baca sejarah. Dah bunuh berpuluh polis kita, bakar hidup-hidup bersama budak-budak kecil dikatakan hero? Saya bekas tentera, pernah menerima latihan di Kem Komando (Pusat Latihan Peperangan Khas, Sg. Udang, Melaka), tak ada pulak Komandan beritahu komunis tu hero, yang kita tahu lawan komunis. Kalau hero sangat kenapa Mat Indera tu tidak dianugerahkan pingat PGB atau SP macam Kanang?

PT: Kerajaan BN bodoh, sudahlah, Kerajaan BN tindas rakyat, tidak jujur.

P: Pemimpin pembangkang tu baik sangat ke? Jika nak jadikan kerajaan ni jujur, pergi ambiklah (ambil) Imam Mekah atau Ketua Gereja di Vatican jadi Perdana Menteri Malaysia. Tahu tak Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabut tu ikut telunjuk DAP? Kalimah Allah pun nak jual kepada orang kafir kerana politik punya pasal. Ini ke pemimpin Islam!

Orang-orang Pas tu, nak pergi ke Mekah, dia check ke pilot kapal terbang tu orang jujur atau tidak? Kalau nak check semua, pergi ke Mekah dengan kapal layar buatan sendiri laa jawabnya. Orang lain dah balik dari Mekah, kita duk tengah laut lagi, silap hari bulan tenggelam mampus, makan dek ikan yu.

PT: Tak ada, pembangkang bagus. Tengok Kelantan maju, tak ada jenayah, aman je!

P: Sudah laa, you tak baca Utusan, sebab itu laa you tak tahu cerita sebenarnya. Buang bayi pun ada di Kelantan, buang bayi macam buang sampah, sembelih anak pun ada di Kelantan. Penagih dadah tak usah cakap laa!

Pemimpin Pas kuat bohong, undi Pas masuk syurga! Quran mana Nik Aziz baca, kitab mana Nik Aziz baca? Tak usah cakap banyaklah, di Malaysia ni aman damai selamat, boleh pergi ke masjid tanpa gangguan, peluang ekonomi cukup luas, senang bergerak, pinjaman bank disediakan, macam-macam pinjaman ada, ini semua hasil kebijaksanaan pemimpin UMNO.

You tak tengok laporan Utusan setiap hari, jadi you tak tahu cerita sebenarnya, pergi laa ke UiTM di Puncak Alam tu, you tengok macam mana. Kerajaan BN buat kampus baru UiTM untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Belum cakap lagi setiap negeri ada kampus UiTM. Sekarang setiap kampus itu hendak diperbesarkan lagi bagi menampung keperluan masa depan.

Kerja Pas hanya maki hamun orang UMNO saja tanpa suluh jasa-jasa pemimpin UMNO terdahulu, tak sedar diri. Orang Asli pun tak kutuk pemimpin UMNO macam you ni. Di Malaysia ni dah lengkap dah. Otak you belum lengkap lagi sebab you hanya baca Harakah. Tahu tak? Kalau anak lelaki kita sangat pandai ada MCKK atau UPNM. Kalau anak perempuan kita sangat pandai ada Kolej Tengku Khursiah yang sebelum ini dipanggil “The Malay Girl College".

Kalau anak kita jahat ada sekolah jahat Henry Gurney. Kalau kita gila ada hospital gila, kalau bini kita nak beranak ada hospital bersalin, kalau anak kita penagih dadah ada tempat pemulihannya Pengasih, kalau gagal masuk U ada IKM dan macam-macam lagi.

You tak baca Utusan sebab tu laa otak you tak terbuka, you ni macam budak bodoh walaupun dah tua. Tahu tak? Nik Aziz kata dulu tahun 1999, Pas menang di Terengganu, Nik Aziz kata berpuluh-puluh ribu malaikat turun dari langit ke bumi membantu memegang tangan orang-orang UMNO untuk mengundi Pas.

Bila kalah pada tahun 2004 Nik Aziz kata UMNO jahat bawa pengundi “hantu" dari KL ke Terengganu. Mana perginya malaikat itu? Pas lagi auta. Sudahlahhh, semua ada dalam poket seluar saya. Islam yang ada pada Nasharudin Mat Isa ditolak perwakilan Pas, perwakilan Pas pilih Islam yang ada pada Mat Sabu, nak muntah dengar! Cakapan Nik Aziz itu kotor laa, dah tua-tua pun kata kat Nasharuddin Mat Isa tu lidah panjang.

Nik Aziz tu dah tak endah lagi pantang larang agama. Nik Aziz kata tidak boleh sambut Maulidur Rasul (hari kelahiran Rasulullah SAW) kerana perbuatan itu adalah “bidaah", tapi peliknya Nik Aziz sendiri menyambut hari jadinya di rumah Karpal Singh. Buruk betul perangai Nik Aziz tu dan tak layak dipanggil tok guru.

Ok lah berhenti di sini, saya nak turun!

PT: (Pemandu teksi HB 7**2 itu masih tidak puas hati…)



Kesimpulan daripada dialog itu, golongan yang terlalu taksub ini semakin ramai.

Kita bimbang gejala ketaksuban dan kepompongan minda ini yang selama ini bercambah dalam masyarakat Taliban di Afghanistan akan berakar-umbi di sini.

Ingat lagi kisah remaja perempuan Afghan, Malala Yousufzai yang pernah saya tulis dalam Cuit? Dia ditembak di mukanya oleh militan Taliban hanya kerana gadis itu memperjuangkan hak pendidikan untuk golongannya.

Ingatlah jika di peringkat tadika lagi anak- anak kecil pernah diasuh memijak gambar- gambar pemimpin negara, apa akan terjadi kepada mereka satu generasi lagi? Seperti pemandu teksi itukah? Atau lebih teruk..?

PANAS!! KERANA POLITIK PELAJAR PONDOK DIPERGUNAKAN


TERDESAK meraih undi pada PRU-13, Pas sanggup menggunakan pelajar-pelajar pondok ketika Perhimpunan Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok Kelantan anjuran Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam, bagi membantu mereka berkempen dalam usaha menjatuhkan BN. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU 15 April - Terdesak meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Pas sanggup untuk mengunakan pelajar-pelajar pondok di negeri ini bagi membantu mereka berkempen dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di hadapan kira-kira 2,000 pelajar pondok dari negeri ini yang rata-ratanya berumur antara 12 sehingga 18 tahun yang tidak sepatutnya lagi dilibatkan di dalam politik, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohammad Daud semasa berucap pada program Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok di sini malam tadi menyeru kepada mereka supaya berusaha dari sekarang untuk menjatuhkan BN seperti mana yang berlaku di negara-negara Arab sebelum ini.

"Kita berkumpul ini bertujuan untuk menjatuhkan BN, kalau kita hendak jatuhkan BN kita kena berusaha dari sekarang. Semua pelajar pondok ini balik ke rumah nanti kena usaha kempen kepada orang kampung dan ibu ayah masing-masing.

"Cukuplah 50 tahun lebih BN memerintah, kita balik kampung syarah kepada orang kampung, kalau takda maklumat boleh minta kepada Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

"Cukuplah undi BN, pilihan raya inilah kita nak undi Pas dan pakatan pembangkang dan hendak tawan Putrajaya. Kalau kita tidak boleh tawan lagi tidak tahu arah lah.

"Hok(yang) muda ini kena berusaha bersungguh-sungguh," katanya sambil disambut laungan takbir oleh pelajar-pelajar pondok berkenaan.

Antara yang hadir pada program berkenaan adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Hassan Mahmod.

Sementara itu, pada program yang sama, sebanyak 20 pondok negeri ini termasuk para pelajarnya telah membuat deklarasi yang diantaranya menyokong kerjasama atau tahaluf siyasi Pas dengan rakan pembangkang termasuk DAP sebagai pendekatan terbaik dalam menumbangkan BN pada pilihan raya ini.

Deklarasi yang dibacakan oleh Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah itu turut menyokong penuh pakatan pembangkang dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Katanya, antara lain, adalah untuk menyokong sepenuhnya mengekalkan Kerajaan Pas Kelantan dalam dasar membangun bersama Islam dan menyokong menuntuk hak royalti minyak di negeri ini. - UTUSAN ONLINE

PANAS!! JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN POLITIK KAMI



ANTARA kereta nombor pendaftaran Singapura yang melekatkan pelekat kempen pilihan raya parti pembangkang di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU - Warganegara Singapura diingatkan supaya tidak mencampuri urusan politik di negara ini lebih-lebih lagi bagi membantu mana-mana parti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, tindakan orang asing mencampuri urusan pilihan raya sesebuah negara adalah tidak patut kerana ia tidak baik untuk hubungan dua negara.

"Berkempen di negara yang mana rakyat Malaysia sedang bekerja dan mempengaruhi mereka untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan mereka adalah tidak betul," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohamed Khaled mengulas kebanjiran kenderaan dari Singapura di bandar raya ini yang dilihat turut berkempen membantu pakatan pembangkang dalam mengajak rakyat negara ini pulang mengundi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kenderaan berkenaan terdiri daripada warga negara jiran atau rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di republik itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berpendapat, perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan polisi mana-mana negara pun.

"Mereka sepatutnya tidak masuk campur, urusan politik kita biarlah kita sesama kita," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk mahu pemerintah Singapura menyiasat penduduk negara itu yang menyalahgunakan kenderaan dari republik tersebut untuk berkempen di Malaysia.

"Pemerintah Singapura harus melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia," tegasnya.

PANAS!! Kerana hilang kepercayaan penyokong Pas tawar hati, sertai UMNO

ALOR SETAR - Sekumpulan 10 anggota dan penyokong Pas dari Taman Samudera dan Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, malam tadi.

Mereka ialah tujuh orang dari Taman Pelangi dan tiga dari Taman Samudera menyerah borang keahlian kepada pengerusi UMNO cawangan Taman Sri Kota, Shabudin Md. Zain untuk menyertai cawangan tersebut.

Mohd. Azlan Abdul Halim, 48, berkata dia, isterinya Husna Omar Din, 42, dan seorang anak, Mohd. Naim, 22, sangat kecewa dengan Pas yang melaungkan negara berkebajikan namun tidak mempedulikan kebajikan penyokong tegar mereka.

"Apabila saya memohon pertolongan untuk seorang anak kurang upaya tidak dilayan, saya tawar hati. Pemimpin Pas lebih mengutamakan kroni mereka,” kata Mohd. Azlan kepada pemberita selepas menyerah borang keahlian tersebut.

Sementara itu, Shabudin berkata seramai 40 penyokong Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menyertai UMNO cawangannya sejak Januari lepas. - Bernama

PANAS!! PAS MELETAK CALON BUKAN ISLAM TANDA IMAN PAS TAK KUAT

JITRA – Tindakan Pas meletakkan beberapa calon bukan Islam bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan parti itu semakin lupa tentang perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan mereka selama ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyifatkan strategi Pas itu memperlihatkan bahawa parti tersebut hanya mahu memuaskan hati rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

“Dahulu kalau kita (UMNO) berkawan dengan orang bukan Islam, mereka kata kita jadi kafir tetapi sekarang ini dia (Pas) hendak ambil orang bukan Islam jadi pemimpin.

“Ini menunjukkan bahawa dia punya iman tidak berapa kuat sedangkan dia kata kita kafir kerana kerjasama dengan orang kafir,” katanya selepas menghadiri Bicara Tokoh, Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kampung Lubuk Kawah di sini semalam.

Seramai 1,000 orang menghadiri majlis itu.

Turut hadir, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum.

Dr. Mahathir pada masa sama berjanji akan memastikan setiap yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto atau aku janji dilaksanakan sepenuhnya.

“Saya juga minta rakyat ketepikan soal perasaan dengan memilih siapa sahaja yang jadi calon BN dalam memastikan kita menang pada pilihan raya kali ini,” tambahnya.

PANAS!! APA Nurul Izzah pengundi hantu sebenar



KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.

Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.

"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan Persatuan Anak-Anak Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pantai Dalam di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Sulit Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Abu.

Tambah Nong Chik, beliau tidak pernah membawa kes Nurul Izzah ke mahkamah untuk dibatalkan daftar pemilih berkenaan sebaliknya menganggap tindakan itu adalah hak individu.

"Namun, sikapnya yang cuba mendapatkan perintah mahkamah membatalkan lebih 4,000 pengundi meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai adalah satu tindakan yang cuba menafikan hak bekas setinggan di sini untuk mengundi," jelasnya.

Awal bulan lalu, Nurul Izzah gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan lebih 4,000 nama pengundi meragukan di Parlimen itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Nong Chik berkata, 4,000 nama itu merupakan pengundi bekas setinggan yang telah berpindah ke beberapa PPR sekitar Lembah Pantai.

"Memang alamat ini agak meragukan, mungkin disebabkan mereka tidak bertukar alamat lagi, tidak tukar MyKad lagi dan sebagainya," jelasnya.

Katanya, kesemua mereka merupakan golongan berpendapatan rendah yang telah berpindah dari setinggan Bukit Putra Indah ke PPR Kerinci dan Pantai Ria.

"Nama pemilih yang Nurul Izzah cuba nafikan hak mengundi bukan pengundi baharu tetapi penduduk yang telah lama mendaftar sejak tahun 1999 dan sudah banyak kali mengundi," jelasnya.

Beliau menambah, jika Nurul Izzah mempunyai perasaan terhadap penduduk di Lembah Pantai, dia tidak akan membawa perkara itu ke mahkamah dan cuba mencari publisiti serta mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak tertentu menipu.

"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.

Sunday, 14 April 2013

PANAS!!! PRU-13: Pas perlu bertindak mencari kebenaran



SELAMA ini Pas dikatakan terpaksa menanggung pelbagai tekanan akibat tingkah laku rakan-rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tetapi sejak beberapa hari ini, Pas berhadapan dengan cabaran cukup besar apabila tersebarnya video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanannya.

Seperti biasa, semua itu dianggap fitnah, tohmahan dan konspirasi, manakala UMNO pula dipersalahkan.

Sepatutnya sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas seharusnya bertindak adil dan bersedia menjalankan siasatan.

Pas hakikatnya sebuah parti yang jauh lebih bermaruah. Pas ditubuhkan bukan atas dasar kebencian atau membalas dendam tetapi demi melaksanakan perjuangan Islam, biar pun kini sudah menjadi perjuangan negara berkebajikan.

Oleh itu adalah lebih baik, jika isu rakaman video seks ini ditangani Pas dengan penuh kebijaksanaan dan bukannya melihat ia sebagai satu serangan politik semata-mata.

Dalam soal ini, Majlis Syura Ulama Pas mempunyai peranan cukup penting untuk mendengar keluhan dan keresahan ahli-ahli di peringkat akar umbi yang mahukan siasatan rapi dijalankan.

Siasatan bukan bertujuan memalukan atau menyalahkan pemimpin berkenaan tetapi bagi mencari kebenaran kerana sejak isu itu tercetus imej Pas telah dipersendakan.

Hakikatnya, tiada apa yang perlu Pas bimbang jika mereka yakin bahawa individu dalam rakaman video itu bukan pemimpin mereka.

Kita memahami Pas berkawan rapat dengan PKR tetapi janganlah terikut-ikut dengan amalan politik penafian parti tersebut.

Adalah lebih baik jika Pas menunjukkan ketegasan dengan merehatkan pemimpin yang dikaitkan buat seketika, ia bukanlah satu hukuman atau mengatakan ia menunjukkan beliau bersalah tetapi demi memberi keadilan kepada pemimpin itu dan Pas.

Sudah cukup selama ini Pas dilihat semakin hilang keberaniannya apabila sehingga ke hari ini tidak mampu menyatakan pendirian rasmi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, justeru takkanlah dalam isu rakaman video ini juga Pas terus mahu mendiamkan diri tanpa melakukan sebarang tindakan.

Pas perlu faham rakyat kini sudah bijak, mereka sudah tahu yang mana satu fitnah, yang mana satu realiti, dan yang mana satu perangkap oleh musuh dalaman sendiri.

Begitu juga dalam isu ini, tidak perlulah Pas hendak menuding jari menyalahkan UMNO, UMNO mempunyai banyak kerja lain daripada hendak mengintip setiap pergerakan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Tambahan pula, pemimpin yang dikaitkan bukanlah berjawatan penting sangat atau mempunyai kuasa seperti Presiden parti, oleh itu tidak ada kepentingan bagi UMNO hendak menjatuhkan beliau.

Dan selama ini, belum pernah terbukti UMNO menggunakan politik kotor seperti itu untuk menjatuhkan musuh politiknya.

Satu perkara yang perlu diingat, dalam kes melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang memerangkap mereka bukannya UMNO tetapi orang yang rapat dengan pemimpin tersebut.

Kita faham Pas begitu teruja mahu ke Putrajaya dan semakin kemaruk kuasa untuk memerintah bersama-sama DAP dan PKR tetapi janganlah cuba menafikan kebenaran.

Justeru adalah wajar jika Majlis Syura Ulama Pas mendengar suara akar umbi yang mahu sesuatu dilakukan.

Percayalah, kalau Pas tidak bertindak dalam isu ini secara adil, maruah Pas akan semakin tercalar dan mereka akan menerima akibat yang amat buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti. - UTUSAN ONLINE

PANAS!!! 'Pakatan bermasalah besar'



SAMARAHAN 13 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang kini berdepan dengan masalah yang lebih besar untuk memuktamadkan pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding 2008.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hal ini kerana pembangkang merasakan kononnya mereka bakal membentuk kerajaan sehingga pemimpinnya berebut-rebut untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya, kecenderungan itu terserlah apabila mereka masih belum mencapai kata sepakat walaupun penamaan calon hanya tinggal enam hari lagi.

"Ada kawasan apabila mereka umum seorang calon daripada satu parti, parti lain akan marah kerana mereka tak diajak berbincang, kerusi yang asalnya milik parti pembangkang lain juga mereka ambil.

"Malahan bila ada pengumuman dibuat, kita dapat lihat reaksi akar umbi, penyokong parti mereka sendiri yang rasa tidak puas hati," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Masjid Darul Iman, Sadong Jaya yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) di negeri ini, Muhyiddin berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 2011 menjadi cerminan sikap dan sokongan rakyat.

Bagaimanapun beliau berharap sokongan rakyat kepada BN di 31 buah kerusi Parlimen negeri ini lebih baik daripada PRN itu.

Katanya, keyakinan itu adalah kerana dalam tempoh dua tahun lepas khususnya, para pengundi negeri ini dan di seluruh negara dapat melihat dengan jelas hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

"Saya tidak mahu terlalu sombong membuat kenyataan tetapi saya percaya setiap kali saya turun ke Sarawak termasuk kali ini yang pertama selepas Parlimen dibubar dan manifesto BN dilancarkan, nampak rakyat gembira.

"Dari segi bahasa badan dan percakapan mereka yang bersemangat menunjukkan mereka nak menyokong BN, petanda positif ini amat menggalakkan," katanya.

PANAS!!!PRU-13: Pembangkang 'mabuk' dengan retorik angka



AGAKNYA sudah jadi tabiat pembangkang dengan meletakkan gambar hadirin yang datang dalam setiap ceramah mereka di laman sosial mahupun blog sebagai tindakan terdesak, kononnya mereka kini semakin popular berbanding Barisan Nasional (BN).

Tetapi, jangan tertipu dengan jumlah angka yang dinyatakan itu kerana ia bukan menunjukkan sokongan sebenar pengundi kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, kerana lebih ramai yang tidak hadir dan senang duduk di rumah sebenarnya sudah bersedia untuk mengundi BN.

Mereka mahu tulis apa pun boleh, termasuk menyatakan orang Melayu di Melang dekat sini sudah menyokong mereka melalui apa juga slogan, motto dan visi yang hendak disampaikan tetapi hakikatnya perlu diketahui yang datang itu juga sekadar mahu berhibur mendengar caci-maki dan tohmahan yang dilontarkan oleh pemimpin pembangkang itu terhadap UMNO dan BN.

Percayalah, ada orang yang datang itu mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin pembangkang yang hadir itu berhubung penyebaran video seks individu mirip salah seorang pemimpin kanan Pas.

Malah ada juga yang datang itu mahu mendengar penjelasan mengenai isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang kini berhadapan tindakan tegas pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS), begitu juga isu moral dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malangnya semua itu tidak diceritakan oleh pemimpin pembangkang yang berceramah di Melang, dekat Kuala Pilah malam tadi, sebaliknya pengunjung dibawa bertepuk tangan dan berseronok apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercerita kisah lama yang tak pernah berubah antaranya rasuah, 'lembu', kroni, tindas rakyat yang mana kesemuanya itu diletakkan di bahu UMNO dan BN.

Maka apa hendak dikisahkan sangat kalau pun mereka menyebut yang datang itu 100,000 orang atau satu juta orang kerana pengundi tegar BN yang sedang berehat di rumah adalah lebih ramai daripada angka yang ditulis mereka, sehingga membuatkan pemimpin pembangkang merasa boleh tidur nyenyak.

Persepsi angka ini adalah elemen kegemaran parti pembangkang lebih-lebih lagi dalam kalangan pemimpin DAP, yang seronok memaparkan jumlah kehadiran seolah-olah 'dunia ini mereka yang punya' sedangkan penjadualan undi dalam pemilihan CEC parti sendiri pun mereka boleh silap.

Hakikat sebenar, pembangkang hari ini tahu bahawa mereka sebenarnya tidak mampu untuk memperdaya rakyat 100 peratus untuk mempercayai mereka.

Rakyat hari ini tahu dan selesa betapa BN sudah banyak berjasa kepada mereka dan hanya segelintir yang terlalu taksub dan percaya dengan pemimpin pembangkang akan tetap membuat tohmahan, kecaman dan kejian terhadap keihklasan BN mensejahterakan hidup rakyat.

Oleh itu, nampak gayanya persepsi angka ini sudah menjadi sebahagian 'tasbih' pembangkang dan esok atau lusa, mereka akan menunjukkan pula angka yang lebih besar dengan peta Malaysia ini diwarnakan dengan warna mengikut 'roket' yang sedang menuju ke bulan, sementara 'mata' terbeliak memerhatikannya.

Biarpun pelbagai angka yang ditulis pemimpin pembangkang dalam blog dan laman sosial lain untuk menyatakan kehadiran penyokong yang ramai itu, hakikatnya jumlah sebenar gagal mereka bentangkan kerana tida sebarang rekod kedatangan diambil daripada penyokong.

Malahan, tidak diketahui juga adakah yang hadir itu semuanya datang dari Kuala Pilah atau lebih ramai penyokong yang datang berduyun-duyun melalui jalan baharu Bukit Putus dengan jambatan kedua tertinggi di Malaysia (48 meter), satu projek kerajaan BN.

Sepatutnya Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain datang ke Kuala Pilah tahu berterima kasih dengan kerajaan BN kerana adanya jambatan itu yang membolehkan penyokongnya turut serta dalam ceramah di Melang, malam tadi.

Justeru, janganlah terlalu 'mabuk angka' kerana ia tidak menunjukkan langsung sokongan rakyat negara ini terhadap pembangkang dan eloklah dihentikan permainan retorik dan menumpukan kepada manifesto yang dijanji pada tahun 2008 sebelum berlagak untuk bercakap soal manifesto pembangkang pada PRU-13 ini. - UTUSAN ONLINE

PANAS!!!Nik Aziz tidak larat berceramah, tidak sentuh hal Mustafa



KULAIJAYA 14 April - Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Sepanjang berada di lokasi ceramah, Nik Aziz juga terpaksa dipapah oleh Unit Amal Pas sebaik tiba dan meninggalkan majlis kerana kepenatan, walaupun sebelum ini menegaskan yang beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya hatta terpaksa berkerusi roda sekali pun.

Nik Aziz tiba di negeri ini hari ini bagi mengumumkan calon Pas Johor bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN di sebuah hotel di Johor Bahru, namun segera beredar bagi mengelak daripada berjumpa wartawan di dua majlis berasingan.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam program yang sama mendakwa PRU-13 adalah yang terkotor dan mengaitkan pendedahan rakaman video seks terbaru yang didakwa melibatkan Mustafa sebagai taktik kotor UMNO.

Bagaimanapun, seperti mana kelaziman sikap pemimpin pembangkang, veteran DAP itu juga gagal menyertakan bukti-bukti untuk menyokong dakwaan liarnya. - UTUSAN ONLINE

PANAS !!! HASAN ALI KATA WAJIB MENGUNDI BN DALAM PRU13 #PRU13 #TolakPR #TukarKedah



KUALA LUMPUR 11 April - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) membuat ketetapan bahawa semua pengundi Melayu Islam di negara ini wajib mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini.

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ketetapan itu dibuat ekoran pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ternyata gagal mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Ujarnya, perkara itu terbukti apabila kalimah Allah disyirikkan, fahaman pluralisme mahu dijadikan sebagai asas beragama, berhasrat membentuk negara sekular, menggugurkan pembentukan negara Islam dan hukum hudud serta mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

"Jati sememangnya tidak dapat menaruh walau sebutir keyakinan kepada pakatan pembangkang untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

"Bukan itu sahaja, malah ketetapan ini juga dibuat bersandarkan kepada hasil perbincangan serta pandangan pakar-pakar agama di dalam Jati sendiri selain dengan para mufti dan para ulama mengenai parti yang wajib dipilih oleh orang Melayu Islam pada PRU-13 kali ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya di Bandar Utama dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali dan Naib Presiden Jati, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

Hasan berkata, apa yang lebih penting, ketetapan yang dibuat oleh Jati itu bersandarkan kepada empat kaedah fiqh iaitu;

"Sesuatu matlamat tidak menghalalkan cara; menolak sesuatu keburukan lebih baik daripada mengambil sesuatu kebaikan; memilih keburukan yang lebih kecil daripada dua keburukan bagi menolak keburukan yang lebih besar; perkara yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya maka perkara tersebut menjadi wajib.''

Beliau berkata, BN jelas tidak mempunyai agenda negatif terhadap Islam.

Dalam sidang akhbar tersebut, Hasan turut melontarkan tiga persoalan yang perlu diberi perhatian oleh pengundi:

*Adakah tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang dengan tegas ingin membentuk negara sekular?

*Adakah rakyat dapat mengharapkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun lalu akan terus disambung oleh pimpinan sedia ada yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya?

*Adakah masyarakat yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara ini dinakhoda oleh pemimpin parti pakatan pembangkang yang sedang bergelut dengan pemasalahan moral yang berterusan dan serius?"

Hasan berkata, itulah antara persoalan yang sentiasa bermain di benak pemimpin-pemimpin Jati yang perlu dirungkaikan.

"Oleh itu, amatlah diharapkan pada PRU-13 nanti, pengundi-pengundi Melayu Islam khususnya dapat membantu menyelesaikan masalah kenegaraan ini dengan menolak pakatan pembangkang,'' ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Hasan mengakui ketetapan itu mungkin akan dicabar oleh pihak-pihak tertentu namun atas nama prinsip, perjuangan dan jihad, Jati sedia berdepan dengan sesiapa sahaja untuk berdialog atau berwacana dalam usaha menyatakan kebenaran.

"Ketetapan kita ini bersandarkan kepada peraturan kaedah fiqh, bersandarkan kepada ilmu, bersandarkan pandangan para ulama dan juga bersandarkan integriti Jati itu sendiri.

"Individu seperti Datuk Aidit, seperti Profesor Sidek Baba, Dr. Yusri Mohamad (bekas Presiden ABIM) dan ramai lagi dalam Jati tidak pernah dikaitkan bahawa mereka ini pernah diperalatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Jati akan melancarkan siri jelajah ke seluruh negara bagi menyuntik keyakinan dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam iaitu ketetapan yang dibuat oleh Jati itu merupakan pilihan paling tepat untuk Islam, Melayu dan institusi raja.

"Kawasan yang akan kita beri tumpuan ialah kawasan-kawasan panas khususnya yang ditandingi oleh kumpulan parasit dalam Pas dan tidak terkecuali kawasan-kawasan yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin PKR,'' kata Hasan.

PRU-13: Kehabisan modal, Nurul Izzah jaja isu lapok



KUALA LUMPUR 11 April - Ekoran kehabisan modal untuk menarik minat orang ramai, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terpaksa menjaja isu-isu lapok dan basi ketika mengadakan ceramah politik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di sini malam tadi.

Selain membangkitkan semula isu National Feedlot Corporation (NFC) yang telah menjadi kes mahkamah, anak Ketua Pembangkang itu juga terus menabur janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang dapat merampas Putrajaya.

Beliau turut menggunakan modal manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai meniru manifesto pembangkang walaupun kenyataannya aku janji yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu jauh lebih realistik.

"Mereka (pemimpin BN) yang mendakwa banyak tenaga dan kepakaran tetapi meniru kita. Idea kita mereka guna," katanya dalam ceramahnya sempena pelancaran bilik gerakan mengundi pakatan pembangkang, yang dihadiri kira-kira 100 orang itu.

Bagaimanapun Nurul Izzah tidak menjelaskan dengan mendalam perkara-perkara terkandung di dalam manifesto BN yang dikatakan menciplak idea pembangkang.

Sementara itu, pengarah filem dan drama, Adam Hamid yang kini berceramah di pentas pembangkang turut menggunakan peluang bagi menghentam membuta tuli terhadap kerajaan BN, termasuk menuduh mengundi parti itu sebagai satu dosa.

Malah beliau mendakwa 80 peratus golongan artis di negara ini menyokong pembangkang tetapi tidak berani untuk tampil ke hadapan kerana bimbang sukar ‘mencari makan’.

Sebelum ini Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengaku ramai kalangan artis menjadi penyokong pembangkang keran dipengaruhi oleh rakan-rakan artis yang menjadi ejen kepada parti-parti berkaitan.

Bagaimanapun, pelakon itu berkata, bilangan artis yang menyokong pembangkang kini sudah berkurangan sejak kerajaan memperkenalkan skim insurans kepada golongan itu serta membawa pelbagai pendekatan lain untuk mereka. - UTUSAN ONLINE

PRU-13-BN-teruskan-ZIPY-jika-perintah-semula-Kedah---Mukhriz



YAN 13 April - Barisan Nasional (BN) akan meneruskan projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY), projek mega yang pernah dirancang kerajaan BN sebelum ini, jika berjaya merampas semula pentadbiran negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek itu yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada negeri selain mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji lumayan kepada rakyat, merupakan antara perkara yang dimuatkan dalam manifesto BN Kedah pada PRU-13, 5 Mei ini.

"BN mempunyai komitmen tinggi untuk membangunkan projek ini dengan kerjasama pihak swasta kerana ia mampu menjana sumber ekonomi kepada negeri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Mini Padang Lumat di sini hari ini.

RTC mini itu antara lain menawarkan perkhidmatan tempahan kad perkahwinan, jualan alat tulis, kursus kemahiran dan kelas komputer serta menyediakan lapan inisiatif, termasuk pertanian bernilai tinggi, kerjasama universiti dan pemprosesan produk agro makanan.

ZIPY diumumkan pada 2007, hasil perancangan kerajaan BN semasa memerintah Kedah. Projek itu melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak bagi memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah selepas PRU 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dan menukar namanya kepada Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh).

Bagaimanapun, kerajaan negeri pakatan mahu menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut, namun gagal dilaksanakan, dengan memberi alasan kononnya projek itu tergendala disebabkan pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Mengikut perancangan sebelum ini, projek itu dijangka siap tahun ini dan mampu menjana pendapatan RM400 juta setahun untuk kerajaan negeri.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kegagalan kerajaan negeri yang diterajui PAS melaksanakan Sulihh disebabkan pelabur swasta tidak yakin terhadap kerajaan negeri.

Beliau berkata, projek ZIPY itu melibatkan cadangan pembinaan janakuasa baharu di Pulau Bunting bagi membekalkan tenaga elektrik ke selatan Thailand manakala pihak swasta juga akan membina pelabuhan untuk minyak dan gas dari selatan Thailand untuk dieksport ke Jepun dan China.

Katanya, kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat manakala pembangunan Kedah terbantut selama lima tahun.

"Oleh itu rakyat perlu memberi kepercayaan kepada BN untuk memerintah dan memajukan Kedah pada PRU-13 ini," kata Mukhriz. - BERNAMA

PRU-13: Bagaimana nak perintah negara, pembahagian kerusi pun gagal



KERAPUHAN pakatan pembangkang antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang hanya diwujudkan atas dasar semata-mata mahu mengalahkan Barisan Nasional (BN) semakin jelas apabila sehingga ke hari ini, mereka masih gagal memuktamadkan pembahagian kerusi.

Walaupun pakatan itu sering kali mendabik dada bahawa kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih peranan BN mentadbir negara, kemelut pembahagian kerusi yang gagal diselesaikan membuktikan pembangkang tidak boleh diletak harapan oleh rakyat.

Ini kerana dalam ujian pembahagian kerusi pun pembangkang sudah gagal mencari penyelesaian terbaik sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri, apa akan terjadi jika ditakdirkan menang pilihan raya kelak, berlaku pula perebutan jawatan Perdana Menteri di antara mereka.

Kemungkinan itu tidak mustahil kerana Pas sudah memberi isyarat awal bahawa tidak semestinya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menawan Putrajaya, walaupun tindakan itu jelas tidak disenangi PKR dan DAP.

Dalam isu pembahagian kerusi, mengapa kemelut itu timbul dan gagal diselesaikan walaupun mereka sudah melancarkan manifesto sejak dua bulan lalu mudah difahami kerana ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang mempunyai idealogi politik berbeza.

Perkara itu diburukkan lagi dengan sikap bongkak Anwar dan Timbalannya, Azmin Ali yang bertindak ala diktator dalam menentukan kawasan mana yang mahu ditandingi PKR, tanpa merujuk terlebih dahulu kepada rakan komponen sehingga berlaku pertelagahan di 15 kerusi Parlimen.

Terbaharu, Anwar mengakui isu pertelagahan kerusi turut berlaku di Sarawak dipercayai ada kaitan dengan ketidakpuasan hati DAP ekoran percubaan PKR mahu bertanding lebih banyak kerusi, sedangkan prestasi DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak lalu jauh lebih cemerlang.

Bagaimanapun dalam sidang akhbarnya Anwar cuba memberi gambaran bahawa pertelagahan itu hanya melibatkan Pas dan DAP sahaja dan bukan PKR apabila berkata: "“Ada beberapa kawasan yang masih terlibat dalam pertindihan tuntutan antara DAP dan Pas".

Apa yang berlaku di Sarawak adalah susulan kepada siri pertelagahan yang dimulakan dengan perebutan kerusi Parlimen Galang Patah antara PKR dan DAP - akhirnya ia menjadi milik Lim Kit Siang menyebabkan Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng merajuk seketika.

Rentetan isu perebutan kerusi juga menyebabkan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau; timbalannya, Norman Fernandez dan Setiausaha, Tan Chen Choon meletak jawatan ekoran pertelagahan kerusi Parlimen Segamat serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak dan Johor Jaya.

Selain Parlimen Gelang Patah yang menyaksikan 'perang terbuka' antara PKR dan DAP, perebutan kerusi juga berlaku di Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang apabila komponen parti dalam pakatan pembangkang masing-masing mendakwa calon mereka lebih layak bertanding.

Di Pahang misalnya perebutan kerusi Parlimen Bentong serta DUN Ketari dan Tanah Rata terjadi apabila PKR dipercayai tidak akan melepaskan kerusi Bentong jika DAP enggan bertolak ansur untuk menyerahkan kedua-dua kerusi DUN tersebut kepada parti itu.

Berbeza BN yang mana ikatan kerjasama itu diwujudkan demi memperjuangkan kemerdekaan negara menerusi amalan perkongsian kuasa secara adil sejak lebih 50 tahun lalu, tiada sebarang pertindihan kerusi berlaku walaupun dianggotai 14 buah parti komponen.

Pelayaran BN kali ini dilihat cukup lancar dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak selaku nakhoda tenang menyusun strategi sebelum memuktamadkan senarai calon yang dijangka diumumkan Isnin ini. - UTUSAN ONLINE

Tun M minta rakyat tolak Pas pada PRU-13


PENDANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini kerana parti itu telah menyimpang jauh daripada perjuangan menegakkan Islam.

Menurut Mahathir, Pas yang dahulunya mendakwa memperjuangkan Islam dilihat lebih rakus dalam memastikan kemenangan memihak mereka pada pilihan raya umum kali ini.

"Dulu Pas bercakap berkenaan dengan kononnya dia perjuangkan agama Islam, dia nak dirikan negara Islam tetapi la ni, pengikut-pengikut dan pemimpin Pas pun dah tahu ia cuma gimik nak menang pilihan raya sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Himpunan Rakyat Pendang bersama Tun Dr. Mahathir di dataran berdekatan Pejabat UMNO Pendang di sini hari ini. - KOSMO!

Ahmad Bashah pertahan kerusi DUN Bakar Bata


ALOR SETAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, laporan sebuah akhbar yang menyatakan beliau tidak tercalon dalam PRU-13 kali ini adalah tidak benar.

"Itu surat khabar yang buat spekulasi, saya akan bertanding dan pertahan kerusi DUN Bakar Bata," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kerajaan Persekutuan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Sikh Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan terdapat kemungkinan besar penyandang DUN Bakar Bata itu tidak tersenarai dalam calon yang akan bertanding pada PRU-13. - KOSMO!