Monday 15 April 2013

PANAS!! APA Nurul Izzah pengundi hantu sebenar



KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.

Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.

"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan Persatuan Anak-Anak Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pantai Dalam di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Sulit Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Abu.

Tambah Nong Chik, beliau tidak pernah membawa kes Nurul Izzah ke mahkamah untuk dibatalkan daftar pemilih berkenaan sebaliknya menganggap tindakan itu adalah hak individu.

"Namun, sikapnya yang cuba mendapatkan perintah mahkamah membatalkan lebih 4,000 pengundi meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai adalah satu tindakan yang cuba menafikan hak bekas setinggan di sini untuk mengundi," jelasnya.

Awal bulan lalu, Nurul Izzah gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan lebih 4,000 nama pengundi meragukan di Parlimen itu.

Mengulas mengenai perkara itu, Nong Chik berkata, 4,000 nama itu merupakan pengundi bekas setinggan yang telah berpindah ke beberapa PPR sekitar Lembah Pantai.

"Memang alamat ini agak meragukan, mungkin disebabkan mereka tidak bertukar alamat lagi, tidak tukar MyKad lagi dan sebagainya," jelasnya.

Katanya, kesemua mereka merupakan golongan berpendapatan rendah yang telah berpindah dari setinggan Bukit Putra Indah ke PPR Kerinci dan Pantai Ria.

"Nama pemilih yang Nurul Izzah cuba nafikan hak mengundi bukan pengundi baharu tetapi penduduk yang telah lama mendaftar sejak tahun 1999 dan sudah banyak kali mengundi," jelasnya.

Beliau menambah, jika Nurul Izzah mempunyai perasaan terhadap penduduk di Lembah Pantai, dia tidak akan membawa perkara itu ke mahkamah dan cuba mencari publisiti serta mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak tertentu menipu.

"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.

No comments:

Post a Comment