Monday, 15 April 2013

PANAS!! PAS MELETAK CALON BUKAN ISLAM TANDA IMAN PAS TAK KUAT

JITRA – Tindakan Pas meletakkan beberapa calon bukan Islam bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menunjukkan parti itu semakin lupa tentang perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan mereka selama ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menyifatkan strategi Pas itu memperlihatkan bahawa parti tersebut hanya mahu memuaskan hati rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

“Dahulu kalau kita (UMNO) berkawan dengan orang bukan Islam, mereka kata kita jadi kafir tetapi sekarang ini dia (Pas) hendak ambil orang bukan Islam jadi pemimpin.

“Ini menunjukkan bahawa dia punya iman tidak berapa kuat sedangkan dia kata kita kafir kerana kerjasama dengan orang kafir,” katanya selepas menghadiri Bicara Tokoh, Sepetang Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kampung Lubuk Kawah di sini semalam.

Seramai 1,000 orang menghadiri majlis itu.

Turut hadir, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah dan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum.

Dr. Mahathir pada masa sama berjanji akan memastikan setiap yang dijanjikan Barisan Nasional (BN) dalam manifesto atau aku janji dilaksanakan sepenuhnya.

“Saya juga minta rakyat ketepikan soal perasaan dengan memilih siapa sahaja yang jadi calon BN dalam memastikan kita menang pada pilihan raya kali ini,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment