Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts
Showing posts with label KARPAL SINGH. Show all posts

Monday, 31 March 2014

KARPAL HARUS DEDAH 'ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT' SEBELUM DIA MATI



MEDANTEMPUR : 22 Okt 1997,Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat !!! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu,Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat !!! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelaran "Sheikh Anwar Al-Juburi"!

Bukan itu sahaja,Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda.. Dan dalam satu sidang media pada Feb 2009, Karpal mendesak Anwar supaya bertaubat walaupun ketika itu Dap sudah bekerjasama dengan PKR..Selepas desakkan itu dibuat, isu itu terus tenggelam sehingga sekarang walaupun Karpal menjadi peguam bela utama Kes Liwat II Anwar..




Kali ini, Ramesh Rao pula mendesak supaya Karpal pula bertaubat dan mendedahkan cerita sebenar kepada rakyat Malaysia disebalik kejadian sebenar mengenai isu yang dikatakan Karpal pada 22 OKT 1997 bahawa dan desakkan supaya Anwar Ibrahim harus bertaubat ' (video) dibawah




Sebelum Karpal Singh mati, beliau kena bercakap benar kepada seluruh rakyat Malaysia tentang apa yang disembunyikan..

Sebagai seorang pengamal undang Undang yang kini peguam bela utama Anwar Ibrahim, sudah tentu banyak rahsia peribadi Anwar yang Karpal simpan.

Sudah tiba masanya karpal mendedahkan..

Monday, 24 December 2012

JERAITV : KARPAL MINTA TUNKU TARIK BALIK KENYATAAN !!


GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

Dalam perkara berasingan, Karpal Singh berkata kematian bekas presiden Gerakan dan bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Tun Dr Lim Keng Yaik adalah kehilangan besar kepada landskap politik tanah air.

Menyifatkan mendiang Dr Lim sebagai seorang yang sentiasa riang, Karpal Singh berkata Dr Lim adalah pemimpin yang hebat dan tidak pernah bermasalah dengan beliau sungguhpun mereka berlainan parti.- Bernama