Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Monday, 24 December 2012

JERAITV : KARPAL MINTA TUNKU TARIK BALIK KENYATAAN !!


GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan.

Dalam perkara berasingan, Karpal Singh berkata kematian bekas presiden Gerakan dan bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Tun Dr Lim Keng Yaik adalah kehilangan besar kepada landskap politik tanah air.

Menyifatkan mendiang Dr Lim sebagai seorang yang sentiasa riang, Karpal Singh berkata Dr Lim adalah pemimpin yang hebat dan tidak pernah bermasalah dengan beliau sungguhpun mereka berlainan parti.- Bernama

Thursday, 13 December 2012

PANAS !!! DAP YAKIN SAPU 125 KERUSI PARLIMEN??


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR), perikatan Pas, PKR dan DAP ada kemungkinan boleh memperoleh 125 kerusi Parlimen - majoriti tipis untuk membentuk kerajaan pusat, dengan tiada parti komponen yang akan mempunyai "kuasa hegemoni", demikan menurut pemimpin tertinggi DAP.

Ia antara senario yang diketengahkan ketika banyak analisis dan laporan mula memberi tumpuan berkenaan soal bilangan kerusi bakal diperoleh oleh parti-parti yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan berlangsung sebelum akhir Jun depan.

Tumpuan adalah ke atas perikatan Barisan Nasional (BN) dan PR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, dalam senario PR menang 125 kerusi, PKR boleh memperoleh sehingga 45 kerusi manakala DAP dan Pas masing-masing 40 kerusi.

Ia antara beberapa senario digambarkan oleh pemimpin veteran ini dalam tulisannya di blog beliau menjelang konvensyen tahunan DAP hujung minggu ini.

"Dalam analisis akhir, keputusan kemungkinan sama ada mengembalikan majoriti dua pertiga di Parlimen kepada Umno/BN, memberikan satu majoriti sekurang-kurangnya 74 kerusi di Dewan Rakyat atau PR menang sehingga 125 kerusi, dengan majoriti 28 kerusi mengatasi Umno/BN di Parlimen," kata Ahli Parlimen veteran ini.

Menjelas lanjut, Kit Siang berkata, dalam senario PR memperoleh 125 kerusi, dengan pengagihan 45:40:40, "ia satu perikatan dengan tiada parti yang mengamalkan hegemoni politik seperti yang terdapat dalam perikatan Barisan Nasional."

Sebelum ini, Sinar Harian Online ada membawa laporan bahawa BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 120 kerusi jika PRU13 diadakan sekarang. Malah ada penganalisis mengatakan bahawa kerusi BN di Parlimen kemungkinan menurun kepada 100.

Selain itu ada yang mengadakan BN tidak akan mengekalkan 140 kerusi yang dikuasai empat tahun lalu.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala parti-parti pembangkang 82.

Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN, ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 1 Disember lalu berkata, BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga jika tiada unsur sabotaj dalam Umno.

Beliau yang juga Presiden Umno akan mengetuai pilihan raya umum pertama sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009.

Kit Siang berkata, sama ada PRU13 akan mencipta sejarah dengan perubahan kerajaan di Putrajata bergantung pada kemampuan PR untuk memikat 13 juta pengundi khususnya empat juta pengundi "pertengahan" atau yang dilabel sebagai pengundi atas pagar.

Daripada jumlah empat juta itu, tiga juta merupakan pengundi baru.

Dalam tulisannya, Kit Siang juga berharap Kongres Kebangsaan DAP ke-16 akan dijadikan medan mesej yang jelas dan terang kepada rakyat Malaysia bahawa pemimpin-pemimpin DAP, perwakilan dan ahli-ahlinya membawa wawasan dan komitmen untuk mencapai objektif kempen "Seratus Hari Menjelang Ke Putrajaya".

Bagaimanapun katanya, dalam politik pembohongan, kebencian dan ketakutan, pemimpin-pemimpin Umno dan MCA telah cuba untuk menyemai kebencian dan kebimbangan dengan menyebarkan mesej-mesej tidak bertanggungjawab dan bercanggah kepada kaum Melayu dan Cina bahawa jika PR menang, masing-masing komuniti akan ditekan oleh DAP dan Pas.

"Satu pembohongan jika mengatakan pemimpin-pemimpin DAP takut dengan pemimpin-pemimpin Pas, begitu juga pemimpin Pas takut kepadapemimpin-pemimpin DAP.

"Juga satu pembohongan (apabila mengatakan) orang Melayu atau Cina akan ditekan dalam kerajaan PR (kelak)," katanya sambil menambah, PKR, Pas dan DAP komited untuk mewakili kepentingan setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau wilayah.

"Hubungan kami dalam PR, bersama PKR, adalah seimbang dengan menghormati satu sama lain," katanya sambil menegaskan, ia berbeza berbanding amalan "satu hala" dalam BN.

Friday, 7 December 2012

UTARA : WANITA HAMIL DI CABUL, PEMBANTU BENGKEL DIDAKWA !!

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu bengkel dituduh mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang hamil tujuh bulan dalam kejadian dekat Taman Patani Jaya 3 Disember 2012.

Tertuduh, Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28, dari Pengkalan Lebai Man dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam akibat melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita hamil dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Muhamad Saiful didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Beh Soo Yin, 23, kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai di Taman Patani Jaya, Sungai Petani.

Akibat tindakan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan.

Jaminan RM6,000 yang ditawarkan mahkamah diminta dikurangkan dengan alasan tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak di samping masih menanggung kedua ibu bapa.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM4,500 dengan seorang penjamin.

Intan Nurul Farena bagaimanapun menetapkan 9 Januari 2013 sebagai sebutan semula kes.

WAJIB BACA : JANGAN BIARKAN KUMAN (KOMUNIS ) MEMBIAK !!!!


Photo: "Kita tidak akan sekali2 membiarkan kuman politik (komunis) seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara. Malangnya, sebagaimana yang akan saya terangkan dalam buku ini - peristiwa2 yang berlaku menunjukkan bahawa pengkhianat komunis masih wujud dalam kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspa bagi menentang pengkhianat itu" ( Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum & Selepas)


"Kita tidak akan sekali2 membiarkan kuman politik (komunis) seperti ini membiak dan menjahanamkan tubuh badan bangsa dan negara. Malangnya, sebagaimana yang akan saya terangkan dalam buku ini - peristiwa2 yang berlaku menunjukkan bahawa pen
gkhianat komunis masih wujud dalam kalangan kita dan mereka sentiasa bersedia untuk menjahanamkan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspa bagi menentang pengkhianat itu" ( Tunku Abdul Rahman, 13 Mei Sebelum & Selepas)

WAJIB BACA : 13 MEI SEBELUM DAN SELEPAS !!!!

Photo: Atas gesaan fans page ni, aku nak promote kat hangpa orang Melayu, buku yang telah dicetak semula, hasil tulisan Tunku Abdul Rahman sendiri, "13 Mei Sebelum dan Selepas". Aku suggest buku ni sebab dalam buku ni, Tunku menceritakan apakah yang berlaku sebenaqnya sebelum peristiwa 13 Mei, dan kenapa sehingga ke hari ini tiada jawapan daripada pengikut PAS yang di mana Tunku mendakwa parti PAS yang terdiri dari golongan ulama' (kononnya) telah menerima bantuan kewangan dari pihak komunis untuk menumbangkan parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) pada pilihanraya 1969? Buku ini hanya RM20, tapi penting untuk anak cucu kita supaya mereka tidak terpesong tentang sejarah sebenar kejadian 13 Mei. (suzane khan)

Atas gesaan fans page ksddsh ni, aku nak promote kat hangpa orang Melayu, buku yang telah dicetak semula, hasil tulisan Tunku Abdul Rahman sendiri, "13 Mei Sebelum dan Selepas". Aku suggest buku ni sebab dalam buku ni, Tunku menceritakan apakah ya
ng berlaku sebenaqnya sebelum peristiwa 13 Mei, dan kenapa sehingga ke hari ini tiada jawapan daripada pengikut PAS yang di mana Tunku mendakwa parti PAS yang terdiri dari golongan ulama' (kononnya) telah menerima bantuan kewangan dari pihak komunis untuk menumbangkan parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) pada pilihanraya 1969? Buku ini hanya RM20, tapi penting untuk anak cucu kita supaya mereka tidak terpesong tentang sejarah sebenar kejadian 13 Mei. (suzane khan)