Showing posts with label ROGOL. Show all posts
Showing posts with label ROGOL. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

HOT KANTOI !!! PEROGOL PAKAI BEBOLA BESI PADA KEMALUAN ATAU TAYAM KANTOI !!!




KUALA LUMPUR – Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.

Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.

Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama.

Friday, 7 December 2012

UTARA : WANITA HAMIL DI CABUL, PEMBANTU BENGKEL DIDAKWA !!

SUNGAI PETANI – Seorang pembantu bengkel dituduh mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang hamil tujuh bulan dalam kejadian dekat Taman Patani Jaya 3 Disember 2012.

Tertuduh, Muhamad Saiful Azuwan Sawai, 28, dari Pengkalan Lebai Man dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam akibat melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita hamil dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Muhamad Saiful didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Beh Soo Yin, 23, kira-kira jam 2 petang di bahagian tangga rumah kedai di Taman Patani Jaya, Sungai Petani.

Akibat tindakan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan.

Jaminan RM6,000 yang ditawarkan mahkamah diminta dikurangkan dengan alasan tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak di samping masih menanggung kedua ibu bapa.

Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM4,500 dengan seorang penjamin.

Intan Nurul Farena bagaimanapun menetapkan 9 Januari 2013 sebagai sebutan semula kes.