Showing posts with label PEMUDA UMNO. Show all posts
Showing posts with label PEMUDA UMNO. Show all posts

Thursday, 7 December 2017

Pemuda Umno Kubang Pasu Kata Rakyat Pergi Pekan Nat ' Sampah ' ??


Satu poster kenyataan panas dari Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu mendapat kecaman daripada rakyat apabila dia kata Parti Bersatu adalah parti sampah kerana mengutip ahli di Pekan Nat dan tepi jalan , sebab itu parti itu tidak dapat adakan AGM. 

Poster itu dipercayai di keluarkan oleh Menteri Besar Kedah Office (MBO) viral dan mendapat kemarahan serta kecaman dari rakyat. 

Kata-kata Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu ini seolah menghina rakyat yang pergi ke Pekan Nat. 


Dengan kenyataan bongkak itu ternyatalah selama ini Umno hanya wayang dan bermuka-muka pada orang kampung yang hanya mampu beli makanan harian di pekan Nat... dan di belakang rakyat, mereka anggap orang kampung yang pergi ke pekan nat hanya sampah .. 

Saturday, 3 December 2016

Pegawai Seleweng RM100 Juta , Khairy Jamaluddin Buat Tak Tahu ?


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar perlu bertanggungjawab penuh ke atas isu penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta yang dipercayai membabitkan pegawai kanan kementerian itu.

Hairan apabila orang nombor satu KBS (Khairy) mengaku tidak tahu, sedangkan hal itu dipercayai sudah berlaku.

"Atau adakah sistem pemantauan sedia ada begitu longgar hingga menteri tidak tahu berjuta ringgit hilang tanpa program?

“Dalam konteks demokrasi progresif, langkah terbaik buat beliau sekarang ialah berundur dan letak jawatan,”

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha bahagian KBS serta lapan individu termasuk seorang wanita kerana dipercayai menggerakkan sindiket merugikan kerajaan.