Tuesday, 24 December 2013

HOT ARTIS : AKHIRNYA ARIL SUDAH SAH MILIK ERMA EDLINDA


Bekas bintang Akademi Fantasia musim ke 7 , Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telahpun selamat diijabkabulkan dengan buah hati kesayangannya iaitu Puteri Erma Edlinda Binti Haji Megat Amiruddin jumaat lalu.

Dengan sekali lafaz, Puteri Edlinda selamat bergelar isteri kepada Aril dan pasangan ini telah dinikahkan di Kota Bahru, Kelantan berwalikan bapa Puteri Edlinda.

Isteri Aril menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihannya sendiri dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

Monday, 23 December 2013

Seorang daripada lima kru kapal karam selamat

Seorang daripada lima anak kapal warga China yang dilapor hilang selepas baj 'Heng Hong 168' karam di perairan negara ini empat hari lepas, ditemui selamat hari ini.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya, berkata mangsa ditemui hanyut berhampiran Pulau Bintan pada pukul 9.20 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu mangsa diselamatkan oleh Pengawal Pantai Indonesia dan dibawa ke hospital di Bintan.

Usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Baj itu karam kira-kira tiga batu nautika dari barat Rumah Api Horsburgh pada 19 Dis lepas. - Bernama

Tuesday, 27 August 2013

BUKAN HANYA BUJANG SENANG @khairykj



KUALA LUMPUR - Para peminat bola sepak Sarawak mahu deejay radio Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif meminta maaf secara terbuka bukan sahaja kepada skuad Bujang Senang, malah kepada semua pasukan yang bertanding dalam Liga Premier 2013 kerana menganggap pasukan-pasukan itu sebagai 'cap ayam'.

Bagi mereka, kenyataan negatif itu seolah-olah menggambarkan semua pasukan yang bertanding dalam Liga Premier adalah lemah dan tidak bermutu sehingga membolehkan Sarawak menjuarai liga tersebut dengan rekod tanpa kalah.

Salah seorang peminat, Kamarulzaime Kamarulzaman berkata, permohonan maaf secara terbuka itu perlu kerana ia melibatkan maruah pasukan serta pemain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.