Thursday, 6 April 2017

Haris Akan Disaman Jika Tidak Berdebat - Mukhriz


Makin panas episod cerita debat antara Haris dan bekas bosnya Dato Seri Mukhriz... Cubaan Haris ini dilihat akan memakan diri sendiri dan sekaligus memalukan Umno Kedah jika debat ini tidak jadi...

Sesudah debat antara Tun M dan Nazri kian kabur selepas tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa yang memberi pelbagai alasan kini tumpuan diberikan pula pada debat yang dicabar oleh Haris kepada Mukhriz.. 

Debat mereka yang sepatutnya dibuat pada hujung bulan 3 lalu terpaksa ditunda apabila Haris dilanda 'penyakit misteri' dan menerima rawatan di Hospital.. 

Tuduhan Haris yang Mukhriz mempunyai kekayaan lebih 1Bilion dan mengajak Mukhriz berdebat telah disambut oleh Mukhriz.. kini Haris harus meneruskan debat ini jika tidak bukan sahaja beliau tetapi TV3 yang hari-hari siarkan cerita debat ini juga akan di SAMAN Mukhriz kerana cuba menfitnahnya...

Kenyataan Mukhriz malam tadi dibawah : 


"jika Haris enggan bersetuju untuk berdebat dengan saya atas apa alasan sekalipun, maka segala tohmahan dan fitnah yang Haris telah secara terus-menerus lontarkan terhadap saya selama ini, terutamanya melalui konspirasi TV3, mahupun mana-mana pihak lain, akan saya heret kesemuanya ke Mahkamah kelak, yakni Haris, TV3 dan sesiapa lain yang terlibat."

"Ada baiknya juga Haris usahakan agar Debat itu disiarkan secara langsung melalui TV3, memandangkan TV3 yang menjadi penyiar utama tohmahan dan fitnah Haris itu selama ini."

YB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam



Dibawah kenyataan media Mukhriz malam tadi


KENYATAAN MEDIA - MENYAHUT CABARAN DEBAT

Tuesday, 4 April 2017

HALAL, HARAM, HALAL, HARAM JADAH !


​Ungkapan Cash is King atau Wang Tunai adalah Raja bermakna kepercayaan bahawa sogokan wang; rasuah boleh menjayakan apa sahaja. Inilah yang dipercayai oleh Dato Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya dia boleh berjaya melalui rasuah.

Ternampak ramai juga dari pemegang jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia sekarang yang percaya dan beriman pada Cash is King. Sebab itu kita lihat sekarang bukan sahaja rasuah melibatkan ramai pegawai tinggi Kerajaan tetapi jumlah wang yang mereka kumpul juga amat besar; berpuluh bahkan beratus juta Ringgit. Cara hidup mereka juga mewah luar biasa. Kesannya ialah peningkatan kos segala-galanya, hasil kerja berkualiti rendah dengan harga yang lebih tinggi kerana pemberi rasuah cuba mendapat balik wang yang dihulur untuk kelulusan dari pegawai.

Pegawai Khas Bashah Arah Cybertrooper Serang Tan Cheng Hoe??



Ketua Pegawai Khas Cybertrooper Menteri Besar Ahmad Bashah Hanipah, Syed Mohd Johan Rizal telah menggelar Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sebagai pengkhianat kepada pasukan Kedah kerana ke skuad negara...

#CoachTanKhianat telah menular dikalangan facebook cyerbertrooper Ahmad Bashah dibawah jagaan Syed Johan dengan biat memburukkan reputasi Tan Cheng Hoe. 





Kat atas tu status facebook cybertrooper Ahmad Bashah yang menyerang Tan Cheng Hoe di facebook puak depa..

Jika kita lihat , Cybertrooper Ahmad Bashah  cuba menjatuhkan imej jurulatih kesayangan rakyat Kedah itu hanya kerana Cheng Hoe menerima panggilan negara untuk membantu skuad Harimau Malaya dibawah presiden baru iaitu Tengku Mahkota Johor.