Friday, 30 June 2017

Pemain Kedah Tak Dapat Gaji Nak Sambut Raya ??


Tudiaaa kecoh dimedia sosial terutama page-page Kelab penyokong Kedah yang duk kata pemain-pemain utama Lang Merah Kedah tak dapat gaji untuk sambut Hari Raya 25 Jun baru ni ..

Mampuih !! Nak sambut raya lagu mana gaji pun  KFA dibawah  Mat Bashah tak bagi kat pemain ??? Hat Kerajaan Negeri bukan main umum RM1000 hadiah raya .. tapi hat pemain bola kedah tak boleh nak bagi !!


Ish ish ish no !!! Mat Bashah saja ka nak raya ? Pemain Kedah yang banyak jasa dari Bashah pun depa pandang macam sampah ja !! Oiii pemain-pemain tu ada anak bini la nak bagi raya !! Ada kampung nak balik raya !! 

Hal gaji pun hampa tak leh nak settle macam mana hampa nak settle hal negeri Kedah !! 

Ni Abang Pon nak tunjuk antara komen-komen penyokong !! Hampa hadam amik pi la !! 


Pemain Kedah bermain mati matian untuk merangkul Pelbagai Kejuaraan dan harumkan nama negeri dan hampa jugak dapat nama TAPI kebajikan pemain hampa boleh tak jaga !! 

Thursday, 4 May 2017

POLITIK K E P A R T I A N



Sudah tiba masanya rakyat Malaysia mencabar kefahaman politik yang dianuti. Kita mesti melonjak ke hadapan sejauh mungkin untuk menyemai benih-benih pencerahan. Tanpa pencerahan, tanpa kesedaran usahlah bermimpi untuk keluar dari mahligai kebodohan ciptaan pemerintah.

Barisan pemodal, kaum pemerintah dan politikus mahukan kebodohan dilihat elok, sihat dan tidak berdosa. Kebodohan mesti dilihat sebagai keindahan di mata sekalian umat. Kebodohan mesti diimani supaya segala tindak-tanduk autoriti tidak dipersoal, tidak dicabar dan diakui adil sebagai sistem putaran kehidupan manusia sejagat.

Tidak semua perkara dapat diselesaikan melalui parti politik. Juga tidak semua masalah dapat diatasi dengan ucapan mendebarkan para politikus. Kita mesti benar-benar faham bahawa dalam sketsa politik Malaysia, era pemerintahan Najib yang terlondeh seribu satu macam mimpi ngeri tidak akan selesai apabila rakyat secara berbondong-bondong berdiri belakang Tun Dr Mahathir sebelum menggantikan Dato Seri Najib dengan bidak caturnya.

Sama ada perbalahan dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan kelas elit pemerintah mahupun kalangan pembangkang, ia berlaku kerana sikap politikus unduk melindungi kuasa masing-masing dan bukanlah kerana mereka berlumba-lumba memberi kebaikan kepada rakyat sebagai kaum majoriti.

Oleh demikian, janganlah kita begitu naif diperbudak-budakkan. Cuaca politik Malaysia berada di dalam keresahan yang amat mendalam. Kejatuhan nilai ringgit, skandal 2.6 billion, perjanjian TPPA yang tidak transparen, GST, harga minyak yang tidak menentu dan namakanlah apa-apa saja, semuanya sudah berlaku dan entah apa lagi cerita korupsi yang bakal didedahkan esok.

Penentangan bermula dengan kesedaran massa. Kesedaran tidak bermakna dengan post makian di laman sosial semata-mata. Penentangan tidak dipotretkan dengan cara troll, mengumpul like, menekan butang share, kemudian bergelak ketawa dan berhenti setakat itu sahaja.

Thursday, 13 April 2017

PECAH DAN PERINTAH AGENDA KAPITALIS BANGSAT



Kami menentang penggunaan agama dan kaum untuk agenda 'pecah dan perintah' rakyat atau sebagai alat untuk kerajaan atau parti politik tertentu memenangi pilihanraya.

Kami juga menyokong hak dan kebebasan beragama secara demokratik, dan ini hanya boleh dicapai sekiranya satu kerajaan yang berlandaskan kepada hasrat dan keperluan rakyat biasa ditubuhkan. Satu kerajaan yang mengagungkan kuasa dan kemewahaan segelintir golongan elit dan kapitalis akan mempergunakan sentimen agama dan kaum dengan matlamat memecahkan rakyat biasa untuk memastikan kuasa dan kemewahaan mereka terjamin.

Di Malaysia pada masa kini sentimen agama dan kaum terus dipermainkan oleh parti-parti politik untuk memenangi pilihanraya atau mengekalkan kuasa pemerintahan. Pada 6 April 2017 yang lalu, PAS membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah RUU355 di Dewan Rakyat sebagai langkah untuk melaksanakan beberapa pindaan dalam undang-undang (bidang Kuasa Jenayah) mahkamah syariah. Tidak cukup dengan itu, sebelum ini PAS juga telah mengadakan satu perhimpunan pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang bertemakan “Syariah Diperkasa, Rakyat Sejahtera” dengan mempermainkan sentimen agama dan kaum. Kononnya UMNO dijangka akan menyokong usul tersebut.