Wednesday, 28 February 2018

Hampa masih nak percaya Umno BN Najib ?? Mai Baca Sini !!!


Kita Harus Percaya!

Dikala kita dituduh berdusta mengenai 1MDB,banyak Negara sudah menghukum dan masih menyiasat mengenainya.



Dikala kita dituduh menjatuhkan ekonomi Negara,Perdana Menteri kita dinobat sebagai Menteri Kewangan Terburuk di Asia.



Dikala kita dituduh gila kuasa,BN lah yang terus menabur janji dan dedak- dedaknya





Dikala Pulau Pinang dituduh salah guna kuasa untuk projek terowongnya,pemimpin UMNO pula yg ada kepentingan di sebaliknya

Tuesday, 27 February 2018

video BN Sabah malu besar dengan Rakyat !! Ubah sabah




PAS Cuba Kuburkan Legasi Tok Guru Nik Aziz ???


Edisi teraniaya

Insan ini mula hilang sengatnya. Segala tutur dan komentarnya bagaikan sudah tidak berbisa. Kenapa?

Pemilihan PAS Kawasan Pengkalan Chepa yang lalu, watak ini “dibunuh” dengan kejam. Dipujuk pula dengan memberi kedudukan dalam PAS Pusat. Sedangkan, di tanah tumpahnya sendiri, diperlakukan seperti tidak berharga.

Baru2 ini, insan ini kelihatan menggantung bendera PAS tanpa bantuan kumpulan PAS tegar dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Pewaris Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz bagaikan cuba dihapuskan.

SPRM Cuba Sorok Kes Pendedak Yang Ditahan ??? Apa Kes SPRM Ni ??


Video 1 - Sidang media Tarikh : 23/2/2018 @ 4.00 pm ialah lanjutan kepada sidang media yang diadakan pada 14/2/2017 berkaitan penangkapan suspek pemberi dedak oleh sepasukan anggota SPRM hasil daripada aduan yang dibuat oleh ahli Wanita PPBM dari Perlis.

Penangkapan suspek dilakukan pada 5/2/2017 setelah pasukan SPRM sendiri yang memasang perangkap. Sidang media pada 14/2 dilakukan untuk menyatakan kekesalan PPBM akan kelewatan atau tiada berita lanjut daripada SPRM mengenai tangkapan tersebut.

Identiti pengadu telah didedahkan begitu juga dengan identiti suspek. Beliau ialah Puan Baridah Nayan ahli PPBM seumur hidup sementara suspek pula ialah bekas ahli PPBM, Hasnita Hishamudin dan pernah memegang jawatan Penolong Setiausaha Srikandi Pusat.

Bahan bukti semua berada ditangan SPRM, suspek pula telah pun ditahan sendiri oleh SPRM pada 5/2/2018. Namun hingga kini tiada tindakan reman diambil keatas suspek dan ironi nya si suspek telah muncul berdemonstrasi dihadapan ROS Putrajaya pada 22/2/2018.


Satu notis terakhir telah dihantar ke SPRM, memberi mereka tujuh hari untuk memberi jawapan dan maklum balas kepada orang awam dan juga kepada aduan PPBM. Sekiranya SPRM gagal, segala tindakan yang dibenarkan disisi undang undang akan diambil terhadap SPRM dan para anggota yang terlibat kerana gagal menjalankan tanggungjawab mereka
.



dipetik disini KLIK



Ekspo Muafakat !! Mukhriz buat Bashah serabut perut


Nampakkkk !! Program Ekspo Muafakat Kedah anjuran Bashah di lawati oleh bekas Menteri Besar Mukhriz Mahathir yang dijatuhkan Bashah & the geng... 

Kira berani la Mukhriz  tu no ... Bashah  berhabis berjuta-juta untuk tarik hati rakyat sokong dia , bagi hadiah mewah macam-macam, hadiah rumah, hadiah keta, hadiah moto tapi dengan slamber Mukhriz mai melawat pulak !! 

tengok pada sambutan kat mukhriz masa melawat Ekspo tu nampak sangat rakyat suka kat dia lagi !! tengok video kehadiran dia siap diumum lagi kehadiran bekas Menteri Besar kesayangan rakyat Kedah tu maka riuh rendah la dewan dalam Ekspo tu !! hebat-hebat !! betui lah orang kata, duit bukan boleh beli undi !! berjuta manapun Bashah laboq untuk tarik sokongan tapi orang tetap meluat kat dia !! keh keh keh 


Kebetulan masa mukhriz pi tu, angkasawan pertama Negara pun ada, maka berpeluk la depa !! lama tak jumpa kot !! 

Paling syok kita tengok, Suaraya Yaakob Adun Sg Tiang yang mula-mula dulu sokong Mukhriz tapi lepas jumpa Najib dia pusing 120% siap kutuk Mukhriz lagi kata pengkhianat pun ada situ dan terpaksalah jumpa bekas bos dia !!! Nak tanya Sungai Tiang tu dapat kat dia lagi ka atau dapat kat datok Rozai ??? Sejak dua menjak ni Suraya pun macam tak minat nak jadi wakil rakyat dah, nampak macam dia nak jadi artis pulak !! keh keh keh 



Hat ni boleh tahan syok jugak !! kat sini depa suruh rakyat yang mai tulis suara hati rakyat kedah !! kah kah kah elok sangat la, memang rakyat nak luah pun kat Ekspo anjuran Kerajaan Umno BN ni !! hampa nak tau depa tulis apa ?? keh keh keh tengok bawah !!! 


Monday, 5 February 2018

Apa nasib 'units' 1MDB sebenarnya?



Ketika isu 1MDB dianggap ramai masih belum diselesaikan dengan memuaskan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) mengenang kembali pengalamannya semasa berada di akhbar berkenaan.

Sebagai pemimpin redaksi akhbar berkenaan, Mustapha Kamil Mohd Janor adalah antara orang yang mendapat banyak maklumat daripada kerajaan atas dasar akhbar itu yang mendukung kerajaan semasa.

Akhbar arus perdana juga diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Putrajaya berbanding media lain yang berada di luar lingkungan berkenaan.

Untuk rekod sebelum dilantik sebagai pengarang kumpulan, Mustapha Kamil ialah pengarang bersekutu Business Times - yang diterbitkan NST - sebelum menjadi pengarang urusan sisipan Business Times serta Life and Times.

Berikut adalah catatan Mustapha Kamil yang dimuat naik di akaun Facebooknya:

Sejarah cerita 'UNITS'.

Semasa istilah 'units' ini mula muncul dahulu saya masih di bilik berita. Ketika itu 1MDB ini sedang bersilat kiri dan kanan 'memerangi' pelbagai berita buruk yang muncul tentangnya di beberapa akhbar ternama antarabangsa, khususnya Wall Street Journal yang berpangkalan di New York.

Ketua Eksekutif 1MDB ketika itu, Arul Kanda, yang pada awalnya diberi kepercayaan penuh untuk menerangkan tentang 1MDB itu sudah mula kelihatan goyah kedudukannya di kalangan jemaah menteri.

Senarai Calon BN Bocor !! ahli Umno Baling mula keluar parti, Lawan Azeez



SENARAI CALON BOCOR;AHLI
KELUAR UMNO SERTAI PPBM !!!

BALING - Pengasas Umno Kampung Memali mengumumkan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan calon bagi kerusi Dun Bayu dan Parlimen dan mendakwa 29 ahli lain akan mengikut jejak langkahnya.

Mohd Fazli Ahmad berkata, keputusan itu dibuat kerana pimpinan Umno Baling tidak mengutamakan anak tempatan dalam soal pemilihan calon.

“Proses pemilihan calon lebih terarah kepada siapa yang lebih baik dengan kepimpinan. Kami menolak pemilihan berdasarkan kronisme. Saya sudah mengisi borang untuk menjadi ahli parti Bersatu dan 29 ahli Umno di kampung ini akan ikut jejak saya.

“Akar umbi Umno tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang lebih ke arah bukan calon Melayu tempatan dan anak Baling,” katanya dalam sidang media di kediamannya, di Kampung Memali, hari ini.

Tambahnya, tidak mustahil tiga calon bagi kerusi Dun dan Parlimen selepas ini dimonopoli calon bukan anak tempatan.

Krisis senarai calon BN bermula selepas halaman empat muka surat yang didakwa bakal dihantar kepada Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tersebar luas di media sosial.

Dalam senarai itu, Adun Bayu yang juga Timbalan Speaker Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain tidak dicalonkan sebaliknya digantikan dengan Ketua Pemuda Umno Baling, Mohd Noor Mohd Amin