Kita rakyat negeri Kedah masih lagi ternanti-nanti bila agaknya kemudahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau Kulim International Airport (KXP) yang dilaung-laungkan sejak pilihan raya 2013 lagi akan menjadi kenyataan.
Kita yakin dengan adanya kemudahan ini ia akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan juga dapat memajukan lagi ekonomi negeri Kedah.
Namun begitu setelah hampir empat tahun (sejak 2013), rakyat Kedah sudah dapat merasai bahawa ini semua merupakan janji-janji pilihan raya yang tidak mungkin dapat dilaksanakan walaupun Datuk Seri Mukhriz telah digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar.





