Friday, 31 March 2017

Rakyat Tertekan Kos Sara Hidup, Bashah Bawa Staff Bercuti Sakan


Sakan dengaq cerita staf pejabat MBI dan anak-anak syarikat nak melancong ke Bali 6 hingga 9hb April ni atas nama kursus dalaman.

Dengaq kata siap lantik konsultan dan travel saja pun makan belanja sorang RM4 ribu hingga RM5 ribu sorang.cecah ratus ribu jugak la...

Untung sakan la kot walaupun baru setahun urus syarikat sampaikan boleh bawa semua staf pi makan angin dan guna nama kursus untuk halalkan hasrat depa.hmmm.....

Dulu-dulu dengaq MBI banyak juga duit tapi tak pulak nak bawa staf makan angin.agaknya staf pun dah mula kena 'beli' dgn pejabat Mat Bashah kot...

Thursday, 30 March 2017

RUU355 : Terbukti Najib & Hadi Kencing Ahli PAS


Seperti yang dijangka UMNO/BN diketuai Najib Tun Razak tidak akan membawa Akta 355 ke Parlimen. 
Himpunan Unggu yang mengabungkan PAS dan Umno di Padang Merbok tempoh hari hanyalah sebuah cerita penyedap rasa oleh Najib dan Hadi. 
Najib sudah kencing PAS, itulah ayat sesuai yang boleh digunakan.. rakyat Malaysia dah boleh agak perkara ini ... cuma ahli-ahli PAS saja yang terlalu percayakan Najib dan Hadi ni !!! Padan la muka !! Pecaya lagi pada Najib !! 

BN Tidak akan Bawa RUU355 ke Parlimen 
Datuk Seri Najib Razak berkata Dewan Tertinggi BN malam ini memutuskan kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di parlimen.

Monday, 27 March 2017

China Kuasai Tanah Di Malaysia Nilai Aset RM9.25 Bilion



China, pelabur hartanah terbesar di Malaysia

Pelabur China muncul sebagai pelabur hartanah terbesar di Malaysia dengan urusniaga lengkap bernilai AS$2.1 bilion (RM9.25 bilion) dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Akhbar Financial Times Singapura melaporkan ini adalah berbanding dengan AS$985 juta yang dilaburkan oleh syarikat-syarikat Singapura dalam tempoh yang sama.

Laporan itu memetik angka dari Real Capital Analytics berdasarkan urusniaga lengkap bernilai AS$10 juta dan ke atas.
Menurut laporan itu, Malaysia muncul sebagai destinasi pilihan bagi pelabur China yang mencari alternatif lebih murah berbanding Australia dan Hong Kong.