Friday, 7 December 2012

UTARA : PERLIS TUNTUT ROYALTI MINYAK JIKA KELANTAN DAPAT

KANGAR - Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan.

Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya.

"Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

"Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.

"Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini.

"Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya.

"Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.

No comments:

Post a Comment