Friday 7 December 2012

HOT NEWS : PHAHROLRAZI BERES TUGAS YDP MDKP

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri memutuskan Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dilantik menjalankan tugas-tugas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) sehingga pelantikan ketua yang baru dibuat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pelantikan itu dibuat disebabkan hanya terdapat pegawai daerah di MDKP.

Katanya, dulu pegawai daerah dan YDP adalah orang sama.

Kali ini pegawai daerah hanya menjalankan tugas-tugas pegawai daerah kerana YDP baru masih belum dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan.

“Sistem di Kedah ini, pegawai daerah juga dilantik sebagai YDP. Pegawai daerah dilantik berdasarkan pentadbiran negeri dan YDP dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri.

“Maknanya, Exco yang melantik. Jadi sampai kes MDKP dulu ini, mereka tidak mahu YDP dan pegawai daerah ditukar. Tapi pegawai daerah sudah ditukar, ganti pegawai lain.

“Kita lantik pegawai daerah itu sebagai pegawai daerah sahaja dan bukan YDP kerana Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu tidak setuju dengan tindakan itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, semalam.

Azizan berkata, bagi mengatasi masalah yang sedang berbangkit ini, maka Kerajaan Negeri melantik Phahrolrazi untuk menjalankan tugas-tugas YDP.

“Pelantikan ini dibuat kerana banyak perkara yang perlu kelulusan daripada YDP tergendala,” katanya.

No comments:

Post a Comment